Skip to main content

Kembara TVET UMPSA@Kuala Krau sebarluaskan Pendidikan Inklusif

KUALA KRAU, 11 Oktober 2024 - Program Kembara TVET UMPSA@Kuala Krau  bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan kelebihan pendidikan TVET, malah juga untuk mendekatkan masyarakat umum dengan potensi serta peluang yang ditawarkan melalui bidang ini.

Program sehari itu berjaya membawa mesej pendidikan melalui inisiatif ‘Profesor Turun Padang’ yang membolehkan pakar akademik UMPSA berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka. 

UMPSA santuni pelajar inklusif di SMK Kuala Krau sempena Kembara TVET

KUALA KRAU, 11 Oktober 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyantuni pelajar inklusif Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau bersempena dengan Kembara TVET UMPSA baru-baru ini. 

Pengarah Unit Orang Kurang Upaya UMPSA(OKUMPSA), Dr. Munira Abd Razak memberikan pendedahan kemudahan asas dan kemudahan inklusif yang disediakan di UMPSA kepada 30 orang pelajar inklusif.

Sambutan Maulidur Rasul dan Kembara TVET UMPSA santuni komuniti Kuala Krau

KUALA KRAU, 11 Oktober 2024 - Masjid An-Nur Kuala Krau, Temerloh bergema dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena Sambutan Maulidul Rasul baru-baru ini.

 
Program anjuran Masjid An-Nur dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu merupakan sebahagian daripada program Kembara TVET UMPSA@Kuala Krau yang diadakan bagi mengeratkan hubungan  universiti dan komuniti di situ.

UMPSA beri latihan Asas Reka Bentuk Digital kepada pelajar SMK Kuala Krau sempena Kembara TVET

KUALA KRAU, 11 Oktober 2024 -Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memberi latihan Asas Reka Bentuk Digital kepada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau bersempena dengan Kembara TVET UMPSA@Kuala Krau baru-baru ini.  

Latihan Asas Reka Bentuk Digital itu disampaikan oleh Pereka, Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPE), Siti Nur Irsyadiah Salimi kepada 30 orang pelajar. 

Subscribe to Kembara TVET