Skip to main content

UMPSA santuni pelajar inklusif di SMK Kuala Krau sempena Kembara TVET

KUALA KRAU, 11 Oktober 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyantuni pelajar inklusif Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau bersempena dengan Kembara TVET UMPSA baru-baru ini. 

Pengarah Unit Orang Kurang Upaya UMPSA(OKUMPSA), Dr. Munira Abd Razak memberikan pendedahan kemudahan asas dan kemudahan inklusif yang disediakan di UMPSA kepada 30 orang pelajar inklusif.

Turut diadakan aktiviti pembelajaran bahasa isyarat kepada pelajar-pelajar inklusif yang terdiri dalam bidang Multimedia dan Pertanian. 

Selain itu juga, para pelajar inklusif ini turut mengadakan persembahan nyanyian oleh pelajar orang asli yang sangat berbakat iaitu Zura a/l Aman dan Muhammad Taufik Amirullah Mohammad Muzaimi.

Aktiviti santuni pelajar inklusif itu turut diserikan dengan penyampaian cenderamata kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

UMPSA juga turut mengiktiraf SMK Kuala Krau dalam kejayaannya dalam bidang pendidikan khas dengan melantik cikgu dan pelajarnya sebagai Ikon Damai. 

SMK Kuala Krau juga mempunyai Studio Multimedia Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang berkonsepkan ‘gaming’ yang pertama di Malaysia. 

Pada masa yang sama, UMPSA telah melantik Guru Pendidikan Khas,  Mohammad Hazeem Azemi sebagai Ikon Damai: Guru Teknologi Pendidikan Digital Inklusif (iD-DG). 

Manakala pelajar inklusif Mohd Adib Syamim Sukri dan Muhammad Faris Haikal Rosdi dilantik sebagai Ikon Damai: Murid Teknologi Pendidikan Digital Inklusif (iD-DG).

Disediakan Oleh: Noraini Yusof, Pusat Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri