Skip to main content

UMPSA terima kunjungan dari Universitas Fort De Kock, Indonesia

GAMBANG, 23 Julai 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan daripada Universitas Fort De Kock, Indonesia baru-baru ini di UMPSA Kampus Gambang. 

Para delegasi yang tiba jam 10.00 pagi itu disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman. 

Hadir sama, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST), Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli dan Dekan Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Dr. Hanafiah Ahmad. 

Delegasi yang disertai seramai 33 orang itu diketuai oleh Pengasas Yayasan Fort De Kock, Dr. Zainal Abidin dan Rektor Universitas Fort De Kock, Dr. Evi Hasnita.

Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih dan selamat datang kepada para delegasi. 

“Kunjungan ini sangatlah bererti bagi UMPSA dan semoga ia dapat mengukuhkan jalinan kerjasama antara dua pihak serta sebagai permulaan bagi membuka peluang kerjasama menerusi inisiatif yang lain.

“UMPSA sentiasa membuka peluang untuk jalinan kerjasama dengan mana-mana universiti terutamanya dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan meluaskan hubungan jaringan antarabangsa,” ujarnya.  

Pada masa yang sama, delegasi turut berpeluang mengikuti Syarahan Umum yang disampaikan oleh Ketua Kluster Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FIST, Dr. Norhidayah Abdull dengan tajuk ‘Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan’ dan seterusnya dibawa melawat sekitar makmal. 

Universitas Fort De Kock adalah sebuah institusi pendidikan tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.

Disediakan Oleh: Nor Salwana Mohamad Idris, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris