UMPSA terima kunjungan TKSU KPT tinjau Projek Pembangunan Kampus Pekan
PEKAN, 26 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terima kunjungan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan dan delegasi KPT bagi meninjau projek pembangunan di kampus UMPSA Pekan.
Menurut Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias yang hadir menyambut ketibaan delegasi berkata, kunjungan ini bagi meninjau projek pembangunan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).
Delegasi KPT telah dibawa meninjau ke projek-projek berkaitan serta sekitar kampus dengan menaiki buggy elektrik UMPSA.

Ujar Profesor Ts. Dr. Yatimah, kunjungan ini memberi peluang pihak universiti melaporkan fasa pembangunan dan berkongsi permasalahan yang dihadapi serta perancangan pembangunan pada masa akan datang.
Hadir sama Penolong Naib Canselor (Pembangunan), Profesor Dr. Mahadzir Ishak dan Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH), Izwan Ismail serta para pegawai UMPSA.
Delegasi KPT turut berpeluang melawat solar terapung di tasik universiti yang dilengkapi dengan sistem apungan panel solar berkapasiti 159kWp di atas Tasik UMPSA Pekan yang merupakan salah satu usaha penyelidikkan UMPSA dari segi ekosistem, keselamatan, penjanaan dan sebagainya.
Sistem solar di atas tasik ini merupakan projek solar terapung yang pertama di negeri Pahang Darul Makmur dan UMPSA juga merupakan universiti awam (UA) pertama yang memasang sistem solar di atas permukaan tasik di Malaysia.
Disediakan Oleh: Mimi Rabita Haji Abd Wahit, Pusat Komunikasi Korporat
- 72 views
Reports by: