Skip to main content

Yayasan UMPSA meterai kerjasama dengan Public Islamic Bank Berhad untuk kabajikan pelajar dan keusahawanan

PEKAN, 4 Oktober 2025 - Yayasan UMPSA meterai kerjasama dengan Public Islamic Bank Berhad (PIBB) dalam dalam membangunkan bidang berkaitan kebajikan, pembangunan dan keusahawanan mahasiswa UMPSA.

Majlis menyaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar yang juga Pengerusi Yayasan UMPSA bertukar dokumen MoU bersama Ketua Pegawai Eksekutif Public Islamic Bank Berhad (PIBB), Tuan Syamsul Azuan Ahmad Fauzi.

Beliau turut menerima cek cura PIBB sumbangan Wakalah Zakat berjumlah RM75 ribu kepada para mahasiswa yang layak.

Menurut Dato’ Seri Abdul Razak, universiti sangat komited dalam memperkasa Agenda Kebajikan Pelajar, khususnya mahasiswa daripada golongan B40 yang merangkumi 66 peratus daripada keseluruhan mahasiswa di UMPSA.

“Usaha yang digerakkan secara sistematik serta berterusan oleh Yayasan UMPSA bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) sentiasa memastikan tiada mahasiswa UMPSA yang tercicir akibat daripada mempunyai kekangan atau masalah kewangan,” ujarnya dalam Majlis Pilih untuk Berkongsi anjuran Yayasan UMPSA di Dewan Serbaguna UMPSA hari ini.

Pihaknya juga turut mengharai sokongan padu dan keprihatinan berterusan pihak penyumbang terhadap Agenda Pembangunan Modal Insan Negara, dalam menyalurkan sumbangan dan tajaan kepada mahasiswa UMPSA terutamanya dari sudut bantuan kebajikan pelajar, penyelidikan, program latihan dan khidmat komuniti dalam meningkatkan prestasi akademik agar dapat melangkah dengan lebih yakin dalam dunia pengajian tinggi.

Dato’ Seri Abdul Razak juga merakamkan penghargaan kepada PIBB atas sumbangan berjumlah RM1.075 juta, merangkumi bantuan kebajikan serta pembangunan pelajar termasuklah bantuan awal pendidikan, zakat dan program keusahawanan untuk manfaat pelajar.

Yayasan UMPSA meterai kerjasama dengan Public Islamic Bank Berhad untuk kabajikan pelajar dan keusahawanan

Sementara jtu, menurut Tuan Syamsul Azuan, pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan pihak UMPSA dan Yayasan UMPSA, juga Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

“PIBB dengan berbesar hati menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat berjumlah RM75 ribu kepada para mahasiswa yang layak. 

“Kami berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak akan membantu mahasiswa tersebut dalam menjalani pembelajaran di UMPSA dengan jayanya.
“Menerusi kerjasama ini, suatu tabung akan diwujudkan yang akan digunapakai untuk tujuan kebajikan dan memacu keusahawanan dalam kalangan mahasiswa,” ujar beliau.

Beliau mengharapkan usaha ini akan menjana lapisan usahawan-usahawan dan teknokrat yang berjaya di masa hadapan.

Turut sama hadir Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMPSA, Datuk Sri Darwis Abdul Razak, Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim, Datin Nur Sharmila Shaheen, Pendaftar, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim dan Ketua Eksekutif Yayasan UMPSA, Mohd Jamil Mohd Ja’afar.

Turut sama Pengarah Urusan Fieldman EV Sdn. Bhd, Razmi Shah Othman, Pengarah Pusat TVET Termaju, Profesor Madya Datuk Ts. Dr. Mohd Shahrir Mohd Sani dan Penolong Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Nizam Mohmad Kahar.

Lebih 200 pelajar hadir menerima Insentif Kecemerlangan dan Insentif Pendidikan Yayasan UMPSA.

Disediakan Oleh:  Wallid Wahidi Hamzah, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri