Skip to main content

Wujud persekitaran selesa bantu anak fokus ketika PdPR

ANTARA cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang jarang diperkatakan tetapi perlu diharungi murid adalah kesannya terhadap perkembangan emosi dan kesihatan diri.

Isu ini jarang diungkapkan kerana kebanyakan kita lebih tertumpu pada hal berkaitan ketiadaan gajet, liputan internet yang tidak cekap, persekitaran rumah tidak kondusif, bebanan tugasan dan tempoh pengajaran dan pembelajaran yang panjang.

Semua faktor itu sebenarnya jika dirangkumkan secara tidak sedar mampu mempengaruhi pembentukan moral, disiplin juga kesihatan mereka.

Author
azwin