Skip to main content

TUAH: Kenderaan tanpa pemandu darat hasil inovasi tempatan

Kuala Lumpur: Industri pertahanan tempatan kini bergerak maju dalam pembangunan teknologi menerusi penghasilan kenderaan tanpa pemandu darat (UGV) dikenali sebagai 'TUAH' (Tactical Utility Autonomous Hybrid Vehicle).

Projek hasil kerjasama strategik antara DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu menampilkan keupayaan tempatan dalam pembangunan sistem autonomi, kecerdasan buatan (AI) dan kejuruteraan kenderaan elektrik.

Jurutera Mekanikal Automotif Deftech, Nor Hazwani Mohd Yusof berkata, TUAH direka sebagai kenderaan modular pelbagai guna yang boleh disesuaikan mengikut keperluan termasuk untuk misi logistik, penyelamatan, operasi tempur serta pemantauan (reconnaissance).

"Kami membangunkan platform modular di mana badan kenderaan boleh diubah suai mengikut fungsi yang diperlukan. Ia boleh digunakan di jalan raya mahupun kawasan lasak (off-road)," katanya.

Author
azwin