Pelajar UMP teruskan pengajian dalam talian tangguh masuk kampus
Pekan, 5 Oktober 2020 - Prihatin dengan situasi semasa terhadap peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengumumkan penangguhan semua pelajar baharu dan pelajar kanan yang dijadualkan akan mendaftar di kedua-dua kampus UMP Pekan dan Gambang mulai Oktober ini.