Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Akademik dan Antarabangsa

Impian Faiz masuk UMP jadi kenyataan

Impian Faiz masuk UMP jadi kenyataan

Pekan, 7 Oktober 2020 – Siapa sangka impiannya lapan tahun lalu menjadi kenyataan. Itulah yang ingin dikongsikan oleh Muhammad Nur Amirul Faiz Mohd Norafizd yang terharu dan bersyukur apabila menerima surat tawaran kemasukan ke program ijazah sarjana muda di Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru–baru ini.
Lebih mengejutkan, beliau turut bertuah apabila terpilih menerima Bantuan Insentif Kecemerlangan Matrikulasi Yayasan UMP sempena kemasukan pelajar baharu UMP sesi Akademik 2020-2021.


Jalinan Kerjasama

Kolaborasi UMP, MARA perintis Projek Gelatin Halal Dalam Negara

Kolaborasi UMP, MARA perintis Projek Gelatin Halal Dalam Negara

Kuala Lumpur, 30 September 2020 - Projek gelatin halal pertama negara bakal bermula di negeri Pahang tidak lama lagi apabila Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima baki geran sebanyak lima juta ringgit hasil projek kerjasama dengan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM20 juta yang disalurkan secara berperingkat dalam bentuk geran.
 


Info Sekitar Kampus

PIMPIN bakal lahirkan penulis prolifik

PIMPIN bakal lahirkan penulis prolifik

Kuantan, 28 September 2020 – Sebagai meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan dan penerbitan serta melahirkan lebih ramai penulis, buat julung kalinya Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Buku. 

Program dua hari itu diadakan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan yang melibatkan seramai 11 orang staf UMP yang berkhidmat di PIMPIN.


Info Sekitar Kampus

TWC gilap semangat kerjasama staf PIMPIN

TWC gilap semangat kerjasama staf PIMPIN

Bentong, 20 September 2020 – Dalam meningkatkan semangat berpasukan dan mengeratkan hubungan baik antara staf, seramai 15 orang staf Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Program Team Working & Communication PIMPIN 2020 (TWC 2020) di Cheringin Convention & Spa Resort, Janda Baik bermula 18 hingga 20 September baru-baru ini.


Sukan dan Rekreasi

Cabaran Pendakian Da’i Belantara ke Puncak Langsir

Cabaran Pendakian Da’i Belantara ke Puncak Langsir

Dungun, 26 September 2020 – Setelah melalui sepuluh jam pendakian, seramai 19 pendaki yang terdiri daripada 16 peserta  dan tiga petugas berjaya tiba di Puncak Langsir, Dungun tepat jam 8 malam pada ketinggian 2,628 kaki dalam Program Kembara Alam anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini.
 


Rencana/Artikel Pilihan

Pasca PKP: Kekal dan kayakan usaha membantu anak-anak dalam pembelajaran

Pasca PKP: Kekal dan kayakan usaha membantu anak-anak dalam pembelajaran

Pandemik Covid-19 telah memberi ruang untuk mencari perspektif yang baharu dalam dunia pendidikan. Ibu bapa yang terkesan dengan fenomena ini secara tidak langsung pastinya telah banyak mempelajari sesuatu yang mungkin pada masa lampau tidak menyangkakan bahawa mereka akan memperoleh pengalaman baharu dalam usaha membantu pembelajaran anak-anak. Impak kepada wabak ini telah memungkinkan mereka untuk menjajah perkara yang belum pernah mereka pelajari terutamanya dalam meningkatkan kemahiran digital.


footer pekan review ogos 2020

Newsletter Image
BIL. 99 OKT. 2020