Info Sekitar Kampus Forum Iklim Kebangsaan Monsun Timur Laut, peduli cuaca persiapan hadapi bencanaForum Iklim Kebangsaan Monsun Timur Laut (FIK MTL) bertemakan ‘Siap Siaga Tengkujuh, Peduli Cuaca’ yang dijalankan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 11 Oktober 2018 yang lalu merupakan platform untuk menyalurkan maklumat kepada agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana, pihak media dan orang awam mengenai peranan dan perkhidmatan cuaca dan iklim, khususnya persiapan menghadapi Monsun Timur Laut pada penghujung tahun ini. Penganjuran bersama ini dilihat sebagai medium terbaik dalam usaha untuk menerapkan kesedaran tentang cuaca dan iklim kepada agensi setempat, para siswazah serta pelajar dari institusi pengajian tinggi. Pertubuhan bukan kerajaan, universiti dan pelbagai sektor yang peka dan sensitif terhadap isu cuaca dan iklim berkumpul bagi membincangkan kesiapsiagaan menghadapi bencana serta langkah-langkah persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh. Selain itu, forum ini turut memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan hasil kajian terutama di dalam bidang berkaitan cuaca, iklim dan pengurusan bencana. Antara agensi yang terlibat adalah agensi pengurusan bencana pusat, negeri dan daerah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), para akademik, dan pelajar institusi pengajian tinggi. Hadir merasmikan program Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Profesor Madya Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari, Pengarah Pusat Iklim Nasional, Dr. Fariza Yunus dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Dr. Mohamad Idris Ali. Dalam ucapannya, Profesor Madya Dr. Ramzah memuji kolaborasi kedua-dua pihak ini dalam usaha mempelbagaikan disiplin kepakaran. Beliau percaya kerjasama dalam penerapan kesedaran tentang cuaca dan iklim melalui sumber kepakaran UMP dan kajian-kajian saintifik boleh diguna pakai bagi membantu meningkatkan kecekapan operasi cuaca MMD. “Ini sekaligus membolehkan tindak balas bantuan yang lebih pantas dan berkesan oleh agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana,” katanya. Sementara itu, menurut Profesor Dato’ Dr. Mashitah, kedudukan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang menghadap Laut China Selatan mendedahkan negeri-negeri di zon ini kepada impak cuaca dan bencana yang dibawa oleh Monsun Timur Laut saban tahun. “Musibah banjir besar yang pernah melanda negeri-negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu pada tahun 1926, 1970, 2007 dan 2014 misalnya memerlukan penelitian saintifik secara mendalam mengenai impak Monsun Timur Laut terhadap aspek kawalan dan pengurusan bencana, keselamatan dan kesihatan serta sosioekonomi setempat. “Sejak tahun 2007, UMP sentiasa proaktif berperanan dalam memberikan khidmat sokongan sukarelawan, logistik, teknikal dan saintifik kepada pelbagai agensi kerajaan, badan swasta dan pertubuhan sukarela semasa bencana banjir, khasnya di negeri Pahang,” ujarnya yang membacakan teks ucapan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim di Dewan Astaka UMP Kampus Gambang. Selain itu, pada masa yang sama, UMP juga terpanggil untuk mengembangkan potensi dan kapasiti penyelidikannya khususnya yang melibatkan penelitian terhadap perubahan iklim, risiko cuaca, impak geoteknikal, kawalan bencana, dan pengurusan bencana bagi meningkatkan keupayaan negara kita bagi menghadapi bencana alam. Dalam majlis yang sama turut berlangsung pelancaran buku ‘Disaster in Malaysia-Tomorrow is a Mystery’ yang mengandungi kajian dan senario banjir besar yang berlaku antara tahun 2000 hingga 2015 oleh sekumpulan penyelidik dari FKASA. Turut berlangsung pembentangan kertas kerja dan forum yang membincangkan Tinjauan Monsun Timur Laut 2018/2019 yang disampaikan Dr. Ahmad Fairudz Jamaluddin (MMD) dan Pengaruh Iklim Monsun Timur Laut Terhadap Reka Bentuk Bangunan dan Kejuruteraan Awam oleh Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) FKASA,Noram Irwam Ramli. Manakala Ir. Rajaselvam a/l Govindaraju (JPS) pula berkongsi pengalaman tentang ‘Sistem Amaran Banjir’ dan Dato’ Ir. Rohaizi Mohd Jusoh (NADMA) mengenai ‘Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2018/2019’. Lebih 500 orang hadir dan berpeluang menyaksikan pameran terbuka melibatkan pelbagai agensi berkaitan.
Jejak Alumni Usia bukan penghalang buat Ir. Khairul Azmi untuk memperoleh gelaran Ir.Oleh: ALIN BASTANI Minat yang mendalam dalam bidang Kejuruteraan membuatkan Ir. Khairul Azmi Mohd Yusoff, 30 bercita-cita tinggi memperoleh Professional Engineer daripada Board of Engineers Malaysia (BEM) pada tahun 2017 bagi menambah gelaran ‘Ir.’ dalam profil kerjayanya. Bukan itu sahaja, oleh sebab pengajiannya yang diambilnya sebelum ini sedikit berbeza dengan kerjayanya sekarang, beliau telah mengambil kursus tambahan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) berkaitan dengan elektrik. Pada tahun 2011, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan kini bekerja sepenuhnya dalam bidang jangka kuasa elektrik (Electrical Power) sebagai Resident Engineer di Perunding Eagles Consulting Engineer. Menurut Ir. Azmi Yusoff, beliau kini sedang mengusahakan Projek Ikano Toppen Shopping Mall di Tebrau, Johor Bahru. Ia merupakan projek di bawah jenama terkenal IKEA. Beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk, mengawasi dan menyelia pemasangan elektrik serta pembinaan pusat membeli belah untuk menepati piawaian yang ditetapkan. “Projek yang dijangka siap pada April 2019 ini berpotensi untuk menarik minat ribuan pengunjung dari Singapura untuk berbelanja di IKEA Johor dan Toppen Shopping Mall sekaligus dapat meningkat dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri Johor dan Malaysia umumnya. “Projek besar sebegini lazimnya mempunyai risiko yang tinggi dari segi keselamatan di tapak projek. “Oleh itu, segala peraturan keselamatan wajib dipatuhi dan semua pekerja perlulah sentiasa berwaspada supaya risiko kemalangan dapat dikurangkan,” ujarnya. Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, Ir. Azmi Yusoff menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pensyarah, namun mula jatuh cinta dalam bidang Kejuruteraan sewaktu menuntut di Kolej Matrikulasi. Beliau juga tidak pernah melupakan jasa pensyarah FKEE, Fairuz Rizal Mohamad Rashidi kerana menyampaikan ilmu dengan kaedah yang menarik dan mudah difahami. Beliau berpuas hati dan gembira apabila berjaya menyiapkan sesuatu projek. Ini kerana beliau berpeluang menggunakan segala pengetahuan dan ilmu yang diterima sewaktu menuntut dahulu. Semua itu digunakan sepenuhnya dalam semua projek-projek yang dikendalinya supaya hasil dapat dinikmati oleh orang awam. Selain itu, beliau sentiasa mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa dan isteri yang menjadi pemangkin untuk terus berjaya dalam bidang Kejuruteraan serta berjaya memperoleh gelaran ‘Ir.’ pada usia muda. Baginya, gelaran Ir. yang dipegang itu merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan. Ujarnya sebelum mengakhiri wawancara, beliau berpesan kepada semua pelajar Kejuruteraan di UMP untuk sentiasa menambah baik kemahiran insaniah, menjaga tingkah laku dan jati diri setelah memasuki alam pekerjaan. “Ini kerana seorang graduan bukan membawa nama diri sendiri sahaja, malah keluarga, masyarakat, universiti, dan syarikat,” katanya. Artikel/Rencana Pilihan Sudah tiba masanya pendidikan integriti diperkenalkan di sekolahOleh: DR HASNAH HUSSIIN Dalam kesibukan negara kita memfokuskan kepada pembangunan sains, teknologi dan perindustrian, tanpa disedari nilai-nilai integriti telah dipandang sepi dan dilihat tidak mempunyai tempat dalam usaha pembangunan modal insan. Melihat kepada timbulnya kes yang melibatkan rasuah yang semakin tinggi tanpa mengira pangkat dan darjat, sudah sampai masanya kita memandang ke bawah dan melihat kembali di manakah kesilapan dalam mendidik generasi yang bakal mewarisi pemerintahan dan pembangunan negara sebelum ini. Integriti tidak boleh dijadikan isu politik atau isu sensitif di negara ini. Ia merupakan isu yang perlu ditangani agar tidak terus menjadi barah kepada masyarakat Malaysia sehingga boleh menghancurkan tamadun bangsa Malaysia pada masa hadapan. Manakala nilai Amanah membawa maksud rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi. Oleh itu dalam menggapai hasrat ini, pihak kerajaan telah mempraktikkan nilai-nilai tersebut bagi memperbaiki perkhidmatan awam melalui langkah-langkah tertentu seperti menggunakan kad perakam waktu, fail meja, dan sebagainya. Pelaksanaan nilai Amanah dalam kalangan pelajar IPT pula adalah pada kehadiran ke kelas, menggalakkan pelajar menghasilkan karya asli yang bermutu dan terbaik sama ada di kampus dan luar kampus. Penulis ialah Pensyarah Kanan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang. |
Harian Metro
Ashikin ratu 5,000m jalan kaki
Berita Harian
Ashikin ungguli 5,000m jalan kaki
New Straits Times
UMPSA ranked 159th in QS World University Rankings: Asia 2025