"Calculus Is a Piece of Cake!" - MOOC tawar pembelajaran lebih fleksibel
Umum sedia maklum dengan kepesatan teknologi pada masa kini. Arus teknologi yang pesat membangun mencipta 1001 peluang kepada semua pihak yang bijak mencari ruang. Jika dilihat secara sepintas lalu, siapa sangka pembelian barangan yang dahulunya dilakukan secara fizikal, kini, hanya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi mudah alih pada peranti pintar. Sektor pendidikan turut tidak terkecuali. Ayuh kita singkap ciri-ciri pembelajaran yang dipraktikkan sebelum tercetusnya ledakan internet dan teknologi.