Amalkan tabiat makan secara sihat sepanjang PKP
Makan secara sihat adalah menjadi keutamaan apatah lagi bagi mereka yang mengalami penyakit diabetes. Ini penting bagi mencapai kawalan gula darah yang optima, kekal sihat dan selamat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain pesakit kencing manis, golongan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai pendedahan penyakit adalah warga emas yang mempunyai latar belakang penyakit kronik seperti darah tinggi dan juga pesakit jantung.