Warga UMPSA bergotong-royong sediakan juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadan
GAMBANG, 12 Mac 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengekalkan konsep memasak mengikut jadual bagi penyediaan juadah berbuka puasa (iftar) yang diadakan secara bergotong-royong mengikut setiap jabatan atau fakulti.
Malahan pelajar juga turut membantu dalam aktiviti penyediaan makanan terutamanya dalam menyediakan persiapan berbuka puasa di kedua-dua kampusnya di Pekan dan juga Gambang.