Skip to main content

Research works by UMP received recognition in Korea

Research works by Universiti Malaysia Pahang (UMP) lecturers continued to receive recognitions following their wins of three gold medals, two special awards, one silver medal and four bronze medals at the Seoul Invention and International Fair (SIIF).

Penyelidikan UMP diiktiraf di Korea

Seoul (Korea), 9 Disember- Hasil penyelidikan pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus diiktiraf apabila dinobatkan tiga pingat emas dan dua anugerah khas, satu pingat perak dan empat gangsa  dalam Seoul Invention & International Fair (SIIF) yang berlangsung di COEX Exhibition Hall, Seoul Korea. 
 

Penyelidikan UMP terus diiktiraf di persada antarabangsa

Kuantan, 15 November- Penyelidikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) diiktiraf di persada apabila hasil penyelidikan universiti menempa kejayaan dengan meraih lima anugerah khas, lima pingat emas dan dua pingat perak dalam Pameran British Invention Show (BIS 2018) yang diadakan pada 24 hingga 27 Oktober lalu di Barbican Exhibition Center, London, United Kingdom.

Produk WREHAB mudah alih bantu juru terapi manfaatkan pesakit

Pekan, 1 November- Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP), Idris Mat Sahat dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) berjaya mencipta produk  Wrist Rehabilitation Device (WREHAB) yang dapat membantu juru terapi untuk melakukan rehabilitasi dan  ke atas pesakit semasa sesi fisioterapi  pergelangan tangan khusus buat pesakit strok dan pesakit yang menjalani terapi di bahagian sama.

Penyelidik UMP temui kaedah atasi masalah kebocoran paip bawah tanah

Pekan, 3 Julai– Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan penyelidikan Leak Locator, Rig to Real (LLRR) bagi mengatasi masalah kebocoran paip bawah tanah.

Projek ini diketuai oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan  Pengajian Siswazah) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Ir Dr. Mohd Fairusham Ghazali bermula untuk mengenal pasti lokasi  kebocoran paip air bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW).

Subscribe to Research