Penyelidik UMP cipta Serum Dr. Fur untuk Binatang Peliharaan
Kuantan, 2 Julai- Sejak kebelakangan ini semakin ramai pencinta haiwan terutama haiwan peliharaan seperti kucing yang begitu mementingkan aspek penjagaan malahan mereka sanggup berbelanja besar bagi memastikan kucing mereka kelihatan sihat dan berbulu cantik.
Namun masalah yang sering dihadapi apabila bulu “si Manja” mereka ini berguguran apabila disentuh malahan melekat pada pakaian dan sekitar tempat tinggal serta di dalam rumah. Bukan itu sahaja, malahan menghalang bagi peminat kucing yang agak sensitif atau `alah’ kepada bulu untuk bermanja dengan kucing mereka.