Skip to main content

1,680 pelajar di zon timur mula perjalanan Rabu ini

KUANTAN - Seramai 1,680 pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta di Pantai Timur yang terkandas di asrama, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dijadualkan memulakan pergerakan pulang ke rumah masing-masing, secara berperingkat mulai Rabu ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin yang merupakan Ketua Koordinator Zon Pantai Timur berkata, perjalanan pertama pada Rabu ini, hanya melibatkan pelajar yang mahu pulang ke negeri Pantai Timur.

Perjalanan ke zon tengah, utara dan selatan pula dijadualkan berlangsung secara berperingkat mulai Sabtu (2 Mei) sehingga 10 Mei depan, melibatkan enam jadual perjalanan.

Author
azwin