2 pelajar UMPSA sertai International Summer School 2025 di Manchester Metropolitan University
MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 4 Ogos 2025 – Dua orang pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Aniq Zamzamy Sibron dan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Fatimah Syazwina Maslan telah menyertai International Summer School 2025 anjuran Faculty of Science and Engineering, Manchester Metropolitan University (MMU), United Kingdom.
Program selama sepuluh hari itu yang bermula pada 26 Julai 2025 menghimpunkan mahasiswa antarabangsa daripada pelbagai negara termasuklah negara China, Taiwan, Portugal, Indonesia, dan India.
Menurut Aniq Zamzany, mereka telah menyertai pelbagai aktiviti akademik termasuk orkshop, Natural Science Workshop, eksperimen kimia, pembangunan kereta lumba mini, Sports and ExercisLight Engineering We Science Tour, PrintCity 3D Printing Workshop, Academic English Workshop, dan Computing and Maths Workshop.
“Pendedahan ini membolehkan mereka memperoleh pengalaman praktikal, menambah ilmu baharu serta memperkukuh kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan.
“Selain itu, mereka turut diberi peluang menjalin jaringan antarabangsa melalui aktiviti sosial bersama Students Union MMU, sesi Ice Breaking, kuiz kebudayaan, serta majlis penutupan program yang dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Kejuruteraan MMU, Profesor Mike Watkinson.
“Di samping itu juga, turut diadakan lawatan ke beberapa lokasi ikonik termasuk Etihad Stadium, Old Trafford, Manchester Central Library, Trafford Centre, dan lawatan sehari ke Liverpool meliputi muzium seni, muzium sains, University of Liverpool dan kawasan pelancongan terkenal, Albert Dock. Peserta juga berpeluang menghadiri acara antarabangsa MegaConLive di Manchester Central,” katanya.
Tambah beliau lagi, pengalaman ini telah memperluas perspektif mereka terhadap bidang Sains dan Kejuruteraan dalam konteks global, di samping memperkukuh kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan kepekaan budaya.

Manakala menurut Fatimah Syazwina pula, program ini memberi inspirasi kepada mereka untuk terus meningkatkan diri bukan sahaja dari segi akademik, malah juga dalam aspek soft skills dan keterbukaan budaya yang amat penting untuk kerjaya masa hadapan.
“Kami amat berbesar hati kerana dapat membawa nama UMPSA ke persada dunia,” ujarnya.
Sepanjang berada di Manchester, mereka mendapat sokongan daripada pensyarah Malaysia yang kini berkhidmat di MMU iaitu Dr. Eric Lao.
Beliau bukan sahaja membimbing dari segi akademik malah turut meluangkan masa membawa pelajar meninjau bandar Manchester.
Kejayaan penyertaan UMPSA dalam program ini bukan sahaja memperkukuh jaringan akademik antarabangsa, tetapi juga adalah seiring dengan usaha universiti dalam melahirkan graduan global yang kompetitif, matang dan berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
Disediakan Oleh: Nur Zahidah Syamimi Mohd Rasid, Pusat Kerjasama Akademik dan Mobiliti
- 33 views
Reports by: