Skip to main content

UMPSA kongsi kepakaran dalam Sesi Padanan Cabaran Industri dan Penyelesaian Inovatif

PEKAN, 25 Februari 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menganjurkan Sesi Padanan Cabaran Industri dan Penyelesaian Inovatif UMPSA dalam usaha memperkukuh kerjasama antara akademia dan industri bagi menangani cabaran serta meneroka peluang inovasi.

Menurut Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, pihak universiti  menekankan kepentingan kolaborasi erat antara UMPSA dan industri bagi memastikan penyelidikan dapat diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi impak kepada ekonomi dan masyarakat.

“Pertemuan ini menampilkan pembentangan mengenai inisiatif penyelidikan UMPSA yang berpotensi membantu industri, diikuti dengan sesi padanan dalam bentuk perbincangan meja bulat,” katanya dalam program anjuran Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) itu. 

Selain itu ia juga untuk mengetengahkan penyelesaian inovatif dalam menangani isu industri dan mencadangkan aplikasi teknologi yang bersesuaian.

UMPSA kongsi kepakaran dalam Sesi Padanan Cabaran Industri dan Penyelesaian Inovatif

Sementara itu, Pengarah Hubungan Universiti-Industri, Profesor Ir. Dr. Chin Sim Yee berkata, sesi ini berjaya menghimpunkan wakil industri dan berkongsi cabaran yang dihadapi oleh sektor masing-masing. 

“Antaranya seperti Zaharah Zainuddin dari Akie Group Sdn. Bhd., Mohd Mizam Said Ali dari Prodigy Dynamic Solution, dan Dr. Khor Ai Chia dari Metairflow R&D Sdn. Bhd.

“Manakala pihak UMPSA pula diwakili oleh Ts. Muhammad Ridzuan Radin Muhammad Amin dan Dr. Muhammad Amirul  Abdullah,” ujarnya. 

Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program itu.

Beliau mengharapkan agar ia dapat menjadi langkah awal kepada kerjasama yang lebih erat antara industri dan UMPSA dalam menangani cabaran teknikal serta membangunkan penyelesaian inovatif.

Disediakan Oleh: Ahmad Hilmy Agir, Pusat Jaringan Industri Dan Masyarakat (PJIM)
 

Reports by:
Admin UMP News