Skip to main content

Kang Hui Lynn dan Aida Nadhirah graduan Ijazah Dual UMPSA-BJTU dianugerah Outstanding International Graduate dan Alumni Liaison Person

BEIJING, 9 Januari 2026 - Graduan Program Ijazah Dual UMPSA–Beijing Jiaotong University (BJTU), Kohort 2, Kang Hui Lynn dan Aida Nadhirah Abdullah Harun yang berjaya menamatkan pengajian Kejuruteraan Elektrik di Beijing Jiaotong University (BJTU) menerima pengiktirafan khas, sebagai O

utstanding International Graduate atas pencapaian akademik dan penglibatan cemerlang sepanjang pengajian. 
Selain beliau, Tan Zi Feng turut menerima pengiktirafan Outstanding International Graduate bersempena dengan Majlis Konvokesyen yang berlangsung di BJTU, China.  

Lebih bermakna Kang Hui Lynn dan Aida Nadhirah Abdullah Harun turut dilantik sebagai Alumni Liaison Person sebagai usaha memperkukuh jaringan alumni dan kerjasama berterusan antara graduan, universiti dan industri. 

Turut sama dilantik Alumni Liaison Person ialah Adam Fahmi Ahmad Nizam. 

Bagi Kang Hui Lynn, pengiktirafan ini sungguh bermakna baginya yang mengikuti pengajian program Ijazah dual selama dua tahun di UMPSA dan dua setengah tahun di BJTU, China dalam bidang Kejuruteraan Awam. 

“Istimewanya program ini pelajar berpeluang mengikuti pengajian di UMPSA dan BJTU yang terkenal dengan Kejuruteraan Rel. 

“Kelas di China sangat berstruktur dan profesional, selain mereka belajar dalam kumpulan kecil, sekali gus membuatlan setiap pelajar mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pensyarah.

"Semua kelas kami diajar dalam bahasa Inggeris, jadi tidak ada halangan bahasa yang besar,” ujarnya. 

Katanya, bagi sesiapa yang bercadang belajar di sini, saya nasihatkan jangan risau tentang adaptasi.

"Kita akan dijaga dengan baik dan banyak sokongan yang diberikan,” tambahnya. 

Lebih menarik beliau yang meminati sukan renang sejak di UMPSA turut meneruskan minatnya di sana malah berjaya dipilih mewakili BJTU bagi acara sukan renang. 

Berkongsi pengalaman bagi Aida pula, pada mulanya, beliau risau tentang perbezaan budaya dan bahasa. 

“Namun dengan kelas persediaan dan bantuan rakan-rakan, lama-kelamaan kita akan belajar dan mampu menyesuaikan diri. 

“Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baharu kerana pengalaman ini sangat berharga,” kata Aida yang merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Automasi di BJTU.

Mereka adalah antara 25 graduan jurusan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) dan berkaitan  Kejuruteraan Mekanikal yang berjaya menamatkan pengajian Program Ijazah Dual antara UMPSA dan BJTU dalam menyokong agenda pembangunan industri rel negara. 

Majlis menyaksikan Presiden BJTU, Profesor Dr. Yu Zujun menyampaikan ijazah kepada para graduan disaksikan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias dan Timbalan Pengarah, Kluster Pembangunan Strategik Pelajar, Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Idayuwati Abdullah@Ab Rahman. 

Disediakan Oleh: Mimi Rabita Haji Abd Wahit Dan Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

 

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri