Skip to main content

4,083 UMP students graduate in 16th MKK

KUANTAN, 6 August 2022 - The Universiti Malaysia Pahang (UMP) 16th Convocation Ceremony today saw a total of 4,083 graduands for 2021, comprising doctoral and master’s graduands (280), bachelor’s graduands (2,235) and diploma graduands (506) as well as UMP Advanced graduands  (1,062) receiving their degrees and diplomas from 6 to 9 August at the Sports Complex,  UMP Gambang Campus.

Nik Athirah Sukarelawan Ops Hantar Pelajar Pulang raih Anugerah Srikandi Matahari

PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 – Nik Athirah Nik Mahdi, 24, Sukarelawan Ops Hantar Pelajar Pulang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya meraih Anugerah Srikandi Matahari di Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Berkongsi pengalamannya membantu universiti tatkala negara dilanda pandemik COVID-19, beliau terlibat dalam Ops Hantar Pelajar Pulang dan penglibatan sukarelawan yang menjaga kebajikan pelajar sepanjang PKP.

Atlet Golf UMP Lee Jia Huey terima Anugerah Emas Universiti

PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 - Bijak membahagikan waktu belajar merupakan faktor utama kejayaan penerima Anugerah Emas Universiti pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

Graduan Diploma Kejuruteraan Kimia, Lee Jia Huey, 22, berkata,  tekad untuk berjaya mendorong beliau agar tekun belajar dan mencapai keputusan cemerlang.

Nor Afifah anak profesor UMP rangkul Anugerah Naib Canselor

PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 - Anak pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dr. Abdullah Ibrahim iaitu Nor Afifah Abdullah, 24  berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-16 yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang.
 
Graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga dan Persekitaran) dengan Kepujian ini menerima anugerah yang disampaikan Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor dalam sesi pertama.
 

Kanser tidak halang Amira raih kejayaan penerima Anugerah Emas Universiti

PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 –  Diuji apabila disahkan menghidap Kanser Tisu Otot atau Rhabdomyosarcoma pada semester awal pengajian membuatkan Amira Abdul Talib, 29 merasakan ia telah menambah beban buat keluarga.
 
“Keluarga saya bukanlah dari kalangan yang senang dan boleh diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
 
“Matlamat utama saya untuk melanjutkan pengajian ialah ingin belajar dan mencari kerja untuk membantu keluarga saya. 

CEO MRC dinobatkan penerima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat

PAYA BESAR, 9 Ogos 2022 – Sentiasa mencabar diri melangkaui kemampuan dan mencari idea baharu tanpa berasa selesa dengan keadaan semasa menjadi rahsia kejayaan buat Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nor Hizwan Ahmad yang berjaya menamatkan Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), 3.86  sekali gus menerima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat – Program Profesional Eksekutif dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-16 baru-baru ini.
 

Subscribe to MKKUMP16