Skip to main content

UMPSA meterai kerjasama dengan BEIBU Gulf University

QINZHOU CITY, CHINA, 4 Jun 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) jalin kerjasama dengan BEIBU Gulf University (BGU) yang terletak di Qinzhou City, China bagi memfokuskan kerjasama akademik, pertukaran staf dan pelajar, pembangunan penyelidikan serta program edutourism yang memanfaatkan kedua-dua buah universiti. 

Hadir menandatangani memorandum persefahaman (MoU), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang mewakili Naib Canselor UMPSA. 

Menurut Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim, BGU merupakan universiti yang menawarkan bidang Kejuruteraan, Sains, Pengurusan termasuklah berkaitan sektor maritim seperti pengurusan pelabuhan, perkapalan, pengendalian dan lain-lain. 

UMPSA meterai kerjasama dengan BEIBU Gulf University

“Dalam pada itu, terdapat banyak industri berpotensi untuk diterokai termasuklah pergudangan dan logistik,” katanya. 

Pihak BGU telah mewujudkan makmal kerjasama BBGU-UMPSA bagi kolaborasi dalam penyelidikan, penyeliaan, penerbitan secara bersama yang dapat dimanfaatkan oleh staf dan pelajar.

Turut hadir, Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM), Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, Pengarah Pusat TVET Termaju, Profesor Madya Dr. Mohd Shahrir Mohd Sani dan Pengurus Besar Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Haryani Abdullah.

 
Manakala mewakili BGU, Naib Presidennya, Yin Yanzhen Timbalan Pengarah, Jabatan Pertukaran Antarabangsa, Liu Weiling, Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Akademik, Wu Bingjun dan Timbalan Dekan Kolej Kejuruteraan Petroleum dan Kimia, Chen Bo. 

Kerjasama ini melibatkan rakan kolaborasi strategik, Premium Language Center (PLC) Kuala Lumpur yang dihadiri Projek Koordinatornya, Dato' Rocky Foo Wei Sze. 

PLC merupakan rakan strategik UMPSA bagi membantu program kerjasama luar negara termasuk daripada negara Timur Tengah iaitu UAE, Iraq, Libya dan lain-lain.

Hadir sama Pengarah, Department of Chemical Engineering and Technology, College of Petroleum and Chemical Engineering, Zhang Binbin. 

Disediakan Oleh: Mimi Rabita Haji Abd Wahit, Pusat Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit