Profesor Madya Dr. Hazrulrizawati hasilkan produk rawatan tulang melalui tanduk rusa
PAYA BESAR, 27 Disember 2022 – Penyelidik dan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Madya Dr. Hazrulrizawati Abd Hamid, 40 telah menghasilkan produk yang dapat digunakan bagi tujuan rawatan tulang.
Anak kelahiran negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman itu membuat kajian tersebut dengan menghasilkan campuran antara tanduk rusa dan polimer sintetik.
Katanya, penggunaan tanduk rusa yang kaya dengan kalsium dan fosforus yang mirip kepada tulang manusia menjadikannya bahan yang sesuai untuk kegunaan dalam perawatan tulang.
“Produk yang dihasilkan mempunyai saiz liang yang menepati julat pertumbuhan ideal tulang dan kehadiran unsur bioaktif meningkatkan kestabilan produk.
“Serbuk telah dikapsulkan dan testimoni daripada para pennguna bahawa yang ia amat baik untuk rawatan penyakit yang berkaitan dengan sendi,
“Idea kajian ini bermula melalui perbincangan bersama dengan syarikat D’Paradise mengenai kerjasama penyelidikan berkaitan komponen bioaktif di dalam serbuk tanduk rusa,” ujar beliau.
Katanya, anggaran harga produk ini adalah antara RM 300 hingga RM 350 bagi scaffold yang bersaiz 5 cc dan ia lebih murah berbanding produk sedia ada di pasaran dalam lingkungan RM380hingga RM700 bagi saiz scaffold 0.5-5.0 cc
“Semoga kajian ini dapat dikembangkan ke peringkat seterusnya iatitu kajian in-vivo dan kajian klinikal.
“Saya juga berharap agar penyelidikan ini dapat membantu syarikat tempatan untuk mengembangkan lagi hasil keluaran melalui bahan yang tidak digunakan selama ini kepada produk yang mempunyai nilai yang tinggi.
“Malah, saya juga mempunyai perancangan akan datang bersama agensi kesihatan bagi memastikan produk ini selamat digunakan ke atas manusia,” katanya.
Produk ini pernah memenangi pingat perak pada pertandingan ITEX 2021 yang lalu.
Disediakan oleh: Hafizatulazlin Abdul Aziz, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri
- 529 views