KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui UMPSA Advanced terus memperkukuh komitmen dalam memperluas akses pendidikan tinggi menerusi pembukaan laluan kemasukan saluran terbuka (Open Intake) bagi sesi Julai 2026.
Inisiatif tersebut menyediakan peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi melalui laluan yang lebih fleksibel, pantas dan mudah diakses tanpa perlu menunggu sesi pengambilan utama.
UMPSA berkata, sebagai universiti teknikal yang menduduki kedudukan nombor satu dalam rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), UMPSA menawarkan pendidikan yang memfokuskan industri dengan menekankan kemahiran teknikal, kebolehpasaran serta kesiapsiagaan graduan untuk memenuhi keperluan sektor pekerjaan semasa.
“Melalui saluran terbuka, pelajar berpeluang memilih program asasi serta pelbagai program diploma dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, sains dan komputer.