SIAPA pun pasti seronok melihat anak cucu memiliki pencapaian akademik dan menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Demikian juga pelakon Wan Hanafi Wan Su, 73, yang turut meraikan hasil usaha dan penat lelah cucu mendapatkan segulung ijazah.
Aktor veteran itu tidak ketinggalan hadir meraikan kejayaan, Khairina Syamimi Khairul Anuar dalam sesi Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke-19 baru-baru ini.