Skip to main content

12 staf UMPSA sertai Klinik Asas Peraturan dan Teknik Asas Golf Siri 2

KUANTAN, 30 Jun 2024 – Seramai 12 orang peserta terdiri daripada pelajar dan staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai  Klinik Asas Peraturan dan Teknik Asas Golf Siri 2 anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA di Kelab Rekreasi Tentera Udara, Kuantan.

Kursus itu telah dibimbing oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kanan, Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA, Abu Sufian Mokhtar. 

Menurut Abu Sufian, Klinik Siri 2 ini adalah kesinambungan daripada Siri 1 sebelum ini. 

“Klinik ini menekankan aspek pengenalan, pendedahan peraturan dan teknik asas permainan sukan golf.

“Semoga dengan program ini dapat menarik minat lebih ramai warga UMPSA untuk menceburi sukan golf.

12 staf UMPSA sertai Klinik Asas Peraturan dan Teknik Asas Golf Siri 2

“Diharapkan juga agar sukan golf ini mampu melahirkan atlet yang mengharumkan nama universiti ke peringkat lebih tinggi satu hari nanti,” katanya. 

Abu Sufian juga turut dilantik sebagai Jurulatih Sukan Golf Kontinjen Pahang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2024 nanti. 

Disediakan Oleh: Mohd Farid Md Ali, Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA

Reports by:
Admin UMP News