Skip to main content

UMPSA catat pencapaian terbaik SUKUM dalam tempoh 22 Tahun

PEKAN, 28 Ogos 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melakar pencapaian membanggakan pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila menduduki tempat ketujuh daripada 20 universiti yang bertanding.

Kontinjen UMPSA berjaya membawa pulang 18 pingat menerusi sembilan emas, tiga perak dan enam gangsa, sekali gus mencatat pencapaian terbaik universiti sepanjang 22 tahun penyertaan dalam SUKUM.

Pasukan Tenpin Boling menjadi penyumbang pingat terbanyak dengan kutipan lima emas, satu perak dan tiga gangsa, manakala pasukan Olahraga turut cemerlang dengan tiga emas, satu perak dan satu gangsa. 

Kejayaan itu turut diserikan dengan pingat emas menerusi pasukan Sepak Takraw Veteran, selain menyumbang satu pingat perak dan satu gangsa dalam acara Ping Pong, manakala acara Petanque turut menghadiahkan pingat gangsa.

Lebih manis Pasukan Sepak Takraw dan tenpin boling dinobatkan juara keseluruhan acara.

Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias berkata, pencapaian tersebut membuktikan semangat juang, kesungguhan dan komitmen warga UMPSA dalam mengharumkan nama universiti.

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melakar pencapaian membanggakan pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila menduduki tempat ketujuh daripada 20 universiti yang bertanding. Kontinjen UMPSA berjaya membawa pulang 18 pingat menerusi sembilan emas, tiga perak dan enam gangsa, sekali gus mencatat pencapaian terbaik universiti sepanjang 22 tahun penyertaan dalam SUKUM. Pasukan Tenpin Boling menjadi penyumbang pingat terbanyak dengan kutipan lima emas, satu perak dan tiga gangsa, manakala pasukan Olahraga turut cemerlang dengan tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan kelulusan peruntukan RM100,000 bagi pelaksanaan Program Pengekalan Pingat dan Penciptaan Pingat Baharu SUKUM 2028 yang bakal berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Ujarnya, peruntukan ini akan dimanfaatkan secara strategik bagi memperkukuh persediaan pasukan, meningkatkan kualiti latihan, membangunkan atlet berpotensi serta melahirkan lebih ramai penyumbang pingat baharu buat UMPSA. 

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ketua Kontinjen, Timbalan Ketua Kontinjen, Pusat Sukan UMPSA, pengurus pasukan, jurulatih, Sekretariat SUKUM UMPSA, Yayasan UMPSA serta semua jabatan yang terlibat atas sokongan dan komitmen yang diberikan.

“Teruskan membawa semangat kesukanan yang tinggi dan membuktikan bahawa apabila kita bersatu sebagai satu pasukan, kita mampu mencipta kejayaan yang lebih besar,” katanya.

Disediakan Oleh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Pusat Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri