KPT dan UMP hulur sumbangan bantu keluarga pelajar
JERANTUT, 5 Februari 2021 - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hadir bertemu dan menyantuni keluarga Allahyarham Uqail Iskandar Zulkernain, pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang meninggal dunia bulan lalu.
Dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan bantuan dan sumbangan daripada pihak UMP, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Takaful, dan sumbangan peribadi sebanyak RM26,850.00 buat keluarga ini.
Sumbangan diterima ibu Uqail Iskandar, Mazayana Abdullah di kediamannya.
Turut disampaikan barangan keperluan sumbangan Yayasan UMP dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) untuk meringankan beban keluarga ini.
Datuk Seri Dr. Noraini turut mengucapkan takziah dan berharap agar bantuan ini sedikit sebanyak membantu keluarga Allahyarham.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin.
Hadir sama Dekan Perkhidmatan Pelajar, Profesor Madya Dr. Mansor Sulaiman dan Pengurus Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Haryani Abdullah.
Allahyarham Uqail yang merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Grafik dan Multimedia) ditemui lemas oleh penduduk kampung semasa memindahkan barang-barang rumah yang ditenggelami banjir.
Kejadian bencana tersebut turut mengorbankan ayahnya, Zulkernain Itam.
Dalam pada itu, kunjungan berakhir dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mansor bagi mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta mendoakan agar diberi ketabahan dan kesejahteraan buat keluarga ini dalam menempuh segala dugaan.
Disediakan Oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor (PNC)
- 58 views