Lebaran tetap meriah, pelajar antarabangsa UMPSA raikan Syawal di kampus
GAMBANG, 16 April 2024 – Pulang ke kampung halaman meraikan Aidilfitri bersama keluarga pastinya menjadi impian semua orang.
Tatkala ramai mahasiswa berkesempatan pulang ke kampung halaman meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, ada sesetengahnya terutama pelajar antarabangsa yang tidak punya kesempatan itu.
Abu Darda, pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) yang berasal dari Bangladesh mengakui merindui kampung halamannya terutama pada pagi hari raya.
Katanya, beliau akan bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.
“Sambutan raya saya lebih meriah kerana saya berpeluang berkunjung ke rumah pelajar-pelajar senior dan dihidangkan dengan juadah raya yang sangat sedap,” katanya.
Walau berjauhan dari keluarga, Abu Darda tidak merasa sunyi kerana banyak masa dihabiskan bersama rakan-rakan lain yang juga tidak pulang ke kampung halaman.
Begitu juga dengan Anas Ghaleb, pelajar tahun empat dari Fakulti Komputeran (FK) yang sudah emoat tahun tidak pulang beraya di kampung halaman.
Ujanya, sambutan raya pada tahun ini sangat istimewa kerana saya berpeluang menyambutnya bersama rakan-rakan saya di sini.
“Saya juga berkesempatan menghabiskan waktu cuti saya dengan bersiar-siar bersama rakan-rakan ke beberapa tempat menarik di Malaysia.
“Walau tidak pulang ke kampung, kemeriahannya tetap dirasai,”
“Sambutan raya pada tahun ini di Malaysia merupakan sambutan saya yang terakhir dan saya pasti akan merindui kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia,” katanya.
Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat
- 86 views