Skip to main content

Program Mara Lasak dan Kem Motivasi Kor SUKSIS UMPSA 2025 perkukuh ketahanan, disiplin dan kepimpinan pelatih

PEKAN, 13 Disember 2025 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan Program Mara Lasak dan Kem Motivasi Kor SUKSIS UMPSA 2025 selama dua hari bermula 13 hingga 14 Disember 2025 bertempat di Akademi A.D.A.B, UMPSA Pekan.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 81 orang pelatih Kor SUKSIS daripada Skuad 16 dan Skuad 17 dengan sokongan sembilan orang jurulatih yang untuk bertujuan memperkukuh ketahanan fizikal dan mental, membentuk disiplin diri serta memantapkan kemahiran kepimpinan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan pelatih.

Sebagai aktiviti teras dalam silibus Kor SUKSIS, Program Mara Lasak dirangka secara berstruktur dan intensif bagi menguji keupayaan pelatih menghadapi cabaran fizikal dan mental. 

 PEKAN, 13 Disember 2025 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan Program Mara Lasak dan Kem Motivasi Kor SUKSIS UMPSA 2025 selama dua hari bermula 13 hingga 14 Disember 2025 bertempat di Akademi A.D.A.B, UMPSA Pekan. Program ini melibatkan penyertaan seramai 81 orang pelatih Kor SUKSIS daripada Skuad 16 dan Skuad 17 dengan sokongan sembilan orang jurulatih yang untuk bertujuan memperkukuh ketahanan fizikal dan mental, membentuk disiplin diri serta memantapkan kemahiran kepimpinan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan pelatih. Sebagai aktiviti teras dalam silibus Kor SUKSIS, Program Mara Lasak dirangka secara berstruktur dan intensif bagi menguji keupayaan pelatih menghadapi cabaran fizikal dan mental.  Hari pertama program dimulakan dengan Larian Mara Lasak sejauh lima kilometer yang merangkumi pelbagai aktiviti berhalangan termasuk berkayak, simulasi mengusung pesakit menggunakan pengusung buatan sendiri serta latihan merentas halangan secara berkumpulan.  Aktiviti ini dirancang bagi menguji daya tahan, kecekalan serta semangat setiakawan pelatih. Selain itu, para pelatih turut dikehendaki menyediakan sendiri makan tengah hari menggunakan peralatan dan bahan makanan yang dibekalkan, sekali gus melatih kemahiran pengurusan kendiri, kepimpinan dan kerjasama pasukan. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Larian Mara Lasak Siri 2 di bawah kendalian DSP Raja Munawir Shah Raja Harun yang menekankan aspek kecergasan kardiovaskular, disiplin diri serta pengukuhan semangat berpasukan.  Program kemudiannya disusuli dengan aktiviti riadah futsal si buta yang bertujuan membina kepercayaan, meningkatkan komunikasi dan mengeratkan hubungan sesama pelatih. Pada waktu malam, para pelatih mengikuti sesi BBQ serta ceramah motivasi bertajuk ‘SUKSIS Membentuk Pemimpin Masa Depan’ yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, DSP Raja

Hari pertama program dimulakan dengan Larian Mara Lasak sejauh lima kilometer yang merangkumi pelbagai aktiviti berhalangan termasuk berkayak, simulasi mengusung pesakit menggunakan pengusung buatan sendiri serta latihan merentas halangan secara berkumpulan. 

Aktiviti ini dirancang bagi menguji daya tahan, kecekalan serta semangat setiakawan pelatih.

Selain itu, para pelatih turut dikehendaki menyediakan sendiri makan tengah hari menggunakan peralatan dan bahan makanan yang dibekalkan, sekali gus melatih kemahiran pengurusan kendiri, kepimpinan dan kerjasama pasukan.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Larian Mara Lasak Siri 2 di bawah kendalian DSP Raja Munawir Shah Raja Harun yang menekankan aspek kecergasan kardiovaskular, disiplin diri serta pengukuhan semangat berpasukan. 

Program kemudiannya disusuli dengan aktiviti riadah futsal si buta yang bertujuan membina kepercayaan, meningkatkan komunikasi dan mengeratkan hubungan sesama pelatih.

 PEKAN, 13 Disember 2025 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan Program Mara Lasak dan Kem Motivasi Kor SUKSIS UMPSA 2025 selama dua hari bermula 13 hingga 14 Disember 2025 bertempat di Akademi A.D.A.B, UMPSA Pekan. Program ini melibatkan penyertaan seramai 81 orang pelatih Kor SUKSIS daripada Skuad 16 dan Skuad 17 dengan sokongan sembilan orang jurulatih yang untuk bertujuan memperkukuh ketahanan fizikal dan mental, membentuk disiplin diri serta memantapkan kemahiran kepimpinan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan pelatih. Sebagai aktiviti teras dalam silibus Kor SUKSIS, Program Mara Lasak dirangka secara berstruktur dan intensif bagi menguji keupayaan pelatih menghadapi cabaran fizikal dan mental.  Hari pertama program dimulakan dengan Larian Mara Lasak sejauh lima kilometer yang merangkumi pelbagai aktiviti berhalangan termasuk berkayak, simulasi mengusung pesakit menggunakan pengusung buatan sendiri serta latihan merentas halangan secara berkumpulan.  Aktiviti ini dirancang bagi menguji daya tahan, kecekalan serta semangat setiakawan pelatih. Selain itu, para pelatih turut dikehendaki menyediakan sendiri makan tengah hari menggunakan peralatan dan bahan makanan yang dibekalkan, sekali gus melatih kemahiran pengurusan kendiri, kepimpinan dan kerjasama pasukan. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Larian Mara Lasak Siri 2 di bawah kendalian DSP Raja Munawir Shah Raja Harun yang menekankan aspek kecergasan kardiovaskular, disiplin diri serta pengukuhan semangat berpasukan.  Program kemudiannya disusuli dengan aktiviti riadah futsal si buta yang bertujuan membina kepercayaan, meningkatkan komunikasi dan mengeratkan hubungan sesama pelatih. Pada waktu malam, para pelatih mengikuti sesi BBQ serta ceramah motivasi bertajuk ‘SUKSIS Membentuk Pemimpin Masa Depan’ yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, DSP Raja

Pada waktu malam, para pelatih mengikuti sesi BBQ serta ceramah motivasi bertajuk ‘SUKSIS Membentuk Pemimpin Masa Depan’ yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, DSP Raja Munawir Shah Raja Harun.

Ceramah tersebut menekankan kepentingan nilai disiplin, integriti dan amanah serta peranan Kor SUKSIS dalam melahirkan pemimpin mahasiswa yang berjati diri dan berdaya saing.

Program diteruskan pada hari kedua dengan sesi senamrobik zumba sebelum para pelatih menjalani aktiviti abseiling yang bertujuan membina keberanian, keyakinan diri serta keupayaan mengawal emosi dalam situasi mencabar, selaras dengan objektif pembentukan ketahanan mental dan disiplin diri.

Program ini melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan Program Mara Lasak dan Kem Motivasi Kor SUKSIS UMPSA 2025 yang telah disempurnakan oleh Ketua Unit Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, SUPT Hajah Zaleha Haji Jufri. 

 PEKAN, 13 Disember 2025 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan Program Mara Lasak dan Kem Motivasi Kor SUKSIS UMPSA 2025 selama dua hari bermula 13 hingga 14 Disember 2025 bertempat di Akademi A.D.A.B, UMPSA Pekan. Program ini melibatkan penyertaan seramai 81 orang pelatih Kor SUKSIS daripada Skuad 16 dan Skuad 17 dengan sokongan sembilan orang jurulatih yang untuk bertujuan memperkukuh ketahanan fizikal dan mental, membentuk disiplin diri serta memantapkan kemahiran kepimpinan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan pelatih. Sebagai aktiviti teras dalam silibus Kor SUKSIS, Program Mara Lasak dirangka secara berstruktur dan intensif bagi menguji keupayaan pelatih menghadapi cabaran fizikal dan mental.  Hari pertama program dimulakan dengan Larian Mara Lasak sejauh lima kilometer yang merangkumi pelbagai aktiviti berhalangan termasuk berkayak, simulasi mengusung pesakit menggunakan pengusung buatan sendiri serta latihan merentas halangan secara berkumpulan.  Aktiviti ini dirancang bagi menguji daya tahan, kecekalan serta semangat setiakawan pelatih. Selain itu, para pelatih turut dikehendaki menyediakan sendiri makan tengah hari menggunakan peralatan dan bahan makanan yang dibekalkan, sekali gus melatih kemahiran pengurusan kendiri, kepimpinan dan kerjasama pasukan. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Larian Mara Lasak Siri 2 di bawah kendalian DSP Raja Munawir Shah Raja Harun yang menekankan aspek kecergasan kardiovaskular, disiplin diri serta pengukuhan semangat berpasukan.  Program kemudiannya disusuli dengan aktiviti riadah futsal si buta yang bertujuan membina kepercayaan, meningkatkan komunikasi dan mengeratkan hubungan sesama pelatih. Pada waktu malam, para pelatih mengikuti sesi BBQ serta ceramah motivasi bertajuk ‘SUKSIS Membentuk Pemimpin Masa Depan’ yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, DSP Raja

Turut hadir Penolong Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (Pengantarabangsaan dan Kerjasama Akademik), Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa merangkap Komandan Kor SUKSIS UMPSA, ACP/KS Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, DSP Raja Munawir Shah Raja Harun, Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UMPSA, ASP Mohd Shafiq Azizan serta Eksekutif Akademi A.D.A.B, UMPSA, Mohd Irwan Musa.

Dalam ucapan perasmian penutupan, SUPT Hajah Zaleha menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelatih atas kejayaan menamatkan program ini dengan penuh dedikasi dan komitmen serta menggesa mereka untuk terus mengamalkan nilai disiplin, integriti, kerjasama dan ketabahan dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada UMPSA Holdings, UMPSA Advanced, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), F&N Holdings Berhad dan  IMPACT Malaysia atas sokongan serta sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Secara keseluruhannya, ini telah berjaya mencapai objektif penganjurannya dalam melahirkan pelatih Kor SUKSIS yang berdisiplin, berdaya tahan serta berpotensi tinggi sebagai pemimpin masa hadapan.

Disediakan oleh: Kishern a/l Suras Kumar, Pelajar Fakulti Komputeran

Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim