Ts. Dr. Noorlisa bangunkan Model Penulenan Thorium selamat daripada sisa nadir bumi
PEKAN, 18 Ogos 2025 – Proses pengekstrakan unsur nadir bumi (REEs) daripada pekatan lantanid di Malaysia menghasilkan sisa radioaktif yang dikenali sebagai Water Leach Purification (WLP) yang mengandungi thorium pada kadar yang tinggi, kira-kira 6.7 Bq/g, iaitu jauh melebihi had selamat yang ditetapkan sebanyak 1 Bq/g.