Skip to main content

MPU 2026 Mengangkat Falsafah dan Aspirasi Negara Bangsa

Pendidikan tinggi di Malaysia tidak hanya menekankan kecemerlangan akademik. Ia turut memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri, nilai moral dan perpaduan nasional. Sejarah pendidikan negara menunjukkan bahawa usaha melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial merupakan aspirasi utama yang digariskan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sejak tahun 1988.

Jejak Silat di Pahang: Warisan yang Mengalir Bersama Zaman

Buku ‘Jejak Silat: Menyusuri Sungai Pahang’ karya Mohd Azam Muhamad Akhir dan Zulkefli Hussin merupakan sebuah dokumentasi penting yang menghimpunkan sejarah, perkembangan, dan warisan seni silat di negeri Pahang khususnya di sepanjang aliran Sungai Pahang. Karya ini bukan sekadar buku sejarah, tetapi juga cerminan terhadap perjalanan identiti Melayu yang berakar pada nilai kepahlawanan, adab, dan budaya.

Kursus MPU: Tiang Seri Pembentukan Sahsiah dan Jati Diri Mahasiswa

Dewasa ini kita menyaksikan beberapa kejadian yang berlaku dalam masyarakat hari ini yang mencerminkan keruntuhan nilai-nilai murni, etika, adab dan lunturnya nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita. Apa yang menyedihkan mereka yang terlibat dengan perkara yang tidak bermoral, hilang sifat kemanusiaan ini adalah dalam kalangan remaja kita. Walaupun kita tidak ingin menyebutnya di sini tetapi kita tidak dapat lari dari kenyataan iaitu wujudnya jenayah rogol, bunuh dan buli dilakukan oleh anak remaja kita. Mengapa terjadinya demikian?

Impak Mengamalkan Kaedah Berfikir kepada Pelajar

Pemikiran ialah kunci kepada kemajuan ilmu dan pembentukan watak pelajar. Pelajar bukan sahaja perlu tahu apa yang hendak difikirkan, tetapi bagaimana untuk berfikir. Dalam konteks pendidikan, terdapat beberapa kaedah berfikir yang penting diamalkan, iaitu induktif, deduktif, abduktif dan heuristik. Setiap kaedah ini membentuk cara pelajar menilai maklumat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Pengamalan kaedah ini memberi kesan besar terhadap pencapaian akademik dan kematangan intelektual pelajar.

Mempraktikkan Teori Kebenaran dalam Kehidupan Pelajar Falsafah dan Isu Semasa

Kebenaran ialah asas kepada segala ilmu dan nilai hidup. Dalam dunia penuh maklumat, pelajar Mata Pelajaran Umum (MPU) Falsafah dan Isu Semasa perlu tahu menilai antara yang benar dan yang palsu. Falsafah bukan hanya bidang teori. Ia panduan cara berfikir dan bertindak dengan bijak.

Dalam bidang Falsafah, terdapat tiga teori utama tentang kebenaran. Pertama, Teori Koresponden. Kedua, Teori Koheren. Ketiga, Teori Pragmatik. Ketiga-tiganya membantu pelajar mencari kebenaran dengan cara berbeza.

Membuka Mata Terhadap 'Defisit Sosial': Mengurus Jurang dalam Masyarakat Majmuk Malaysia

Perbincangan tentang perpaduan di Malaysia tidak akan lengkap tanpa merujuk kepada konsep Defisit Sosial. Istilah ini diperkenalkan oleh Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan menjadi salah satu komponen penting dalam kerangka Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) serta Dasar Perpaduan Negara. Ia bukan sekadar istilah akademik, tetapi gambaran terhadap realiti hubungan sosial yang masih berhadapan dengan pelbagai jurang dan cabaran dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Koperasi UMPSA Berhad cemerlang di persada nasional: Pengiktirafan SKM dan ANGKASA serta hala tuju strategik menuju masa depan lestari

Koperasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (KOPUMPSA) Berhad mencatat sejarah gemilang apabila menerima pengiktirafan rasmi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sebagai antara 350 koperasi terbaik Malaysia bagi dua tahun berturut-turut. 
Kejayaan ini menempatkan KOPUMPSA di tangga ke-342 daripada 16,000 koperasi berdaftar di Malaysia pada tahun 2024, sebelum melonjak hebat ke tangga ke-211 pada tahun 2025, peningkatan 131 anak tangga dalam tempoh setahun. 

Menghayati Realiti Sosial: Memahami Konsep Tiga Serangkai Prof. Shamsul Amri

Selama beberapa dekad, perbincangan tentang hubungan etnik di Malaysia sering tertumpu pada satu matlamat utama, iaitu perpaduan. Istilah ini kedengaran indah dan sering digunakan dalam ucapan rasmi serta dokumen dasar negara. Namun, apabila perpaduan dianggap sebagai satu sasaran mutlak yang mesti dicapai dan diukur, kita sering gagal memahami hakikat sebenar kehidupan sosial rakyat Malaysia yang penuh warna, lapisan dan perbezaan.