Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Akademik dan Antarabangsa

UMP diiktiraf hab bidang Automotif TVET

UMP diiktiraf hab bidang Automotif TVET

SHAH ALAM, 17 Jun 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima watikah pelantikan TVET Collaboration Hub dalam bidang Automotif melalui Centre for Automotive Engineering UMP yang diiktiraf sebagai hab bidang Automotif sempena Majlis Penutup Minggu TVET Negara 2022 sebagai usaha merealisasikan agenda TVET di negara pada masa ini.


Jalinan Kerjasama

UMP jalin kerjasama dengan 3 industri tingkatkan daya saing graduan

UMP jalin kerjasama dengan 3 industri tingkatkan daya saing graduan

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2022 - Kolaborasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan tiga industri melibatkan Celcom AXIATA Berhad, Gebeng Glove Industries Sdn. Bhd. dan Akar Indah Engineering Sdn. Bhd. memfokuskan bidang berkaitan keusahawanan, pembangunan modal insan dan pembangunan penyelidikan bakal meningkatkan kebolehpasaran graduan masa depan. 
 
Kerjasama universiti-industri itu membabitkan UMP dan Celcom AXIATA Berhad yang bakal memperlihatkan pembangunan modul, literasi digital dan pelaksanaan program keusahawanan dalam kalangan graduan UMP. 


MyGift

Jelajah Prihatin UMP bantu komuniti Kerdau

Jelajah Prihatin UMP bantu komuniti Kerdau

TEMERLOH, 27 Jun 2022 - Jelajah UMP Prihatin bersama Komuniti Kerdau memberi peluang kepada pelajar dan staf universiti untuk turun padang mengadakan program kemasyarakatan setelah hampir dua tahun tertangguh kerana penularan COVID-19.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau itu  melibatkan 20 orang sukarelawan UMP yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik serta melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur.


Rencana/Artikel Pilihan

Pendidikan Hingga Ke Menara Gading: Dipandang Sepi atau Kekal Relevan?

Pendidikan Hingga Ke Menara Gading: Dipandang Sepi atau Kekal Relevan?

Setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan baru-baru ini, gegak gempita sekali lagi isu pendidikan sehingga ke menara gading yang dikatakan sudah tidak relevan dan tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Anak-anak dan ibu bapa disajikan dengan kisah bagaimana seseorang itu mampu menjadi jutawan walaupun tidak mempunyai kelulusan, hatta tidak menghabiskan pengajian peringkat sekolah menengah mahupun universiti.

footer pekan review april 2022

Newsletter Image
Bil. 187 Jun 2022: UMP diiktiraf hab bidang automotif TVET