27 May 2020
Kemunculan Pandemik COVID-19 telah menyebabkan hampir seluruh dunia melakukan sekatan pergerakan (lockdown) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia bagi menghapuskan rantaian wabak tersebut. PKP telah menyebabkan penutupan semua sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di kebanyakan negara termasuklah Malaysia.
Rencana/Artikel Pilihan
8 May 2020
Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar tentang panggilan “tipu daya” atau scammer. Panggilan seperti ini digunakan bagi “mencuri” duit mangsa dengan paksa rela. Dalam bidang komputer serangan seperti ini dinamakan “social engineering” atau kejuruteraan sosial. Serangan secara ini merupakan serangan yang paling "untung" dan merangkumi semua peringkat pengguna. Ia sukar untuk dikesan kerana melibatkan kepercayaan yang mana kepercayaan merupakan lumrah semula jadi manusia.
Karya Kreatif
Walau Ilmu di Alam Maya
Oleh: JUWAIRIAH OSMAN
Dengarlah anak didik
era baharu musim bersama
bukan kau minta bukan kusangka
ujian dari Yang Esa
jangan kau kenal erti putus usaha
fahami bersama erti asa
Dengarlah anak didik
walau merentas mampu
teruskan ia
gurumu bersedia di mana jua
demi menunai janji
melunas amanah
melihat kau tetap berjaya
menjadi insan berjasa
Dengarlah anak didik
mudahnya teknologi yang kau dan aku kata
jika bernas hujah itu
buktikan kemampuan ia dalam melunas ilmu
gurumu percaya tujuan yang jelas
pasti menyokong utuh
pasti berhasil yang dicita diminta
Dengarlah anak didik
kau dilihat secara maya
demi ilmu itu
kau belajarlah untuk jujur
kau sematkan rasa patuh
walau ilmu di alam maya
tetap sampai ke sanubari
Dengarlah anak didik
era pandemik bukan alasan
tiada istilah bagi gurumu
bahawa kau ketinggalan
namun kau tetap di depan
dalam perjuangan melahir insan rabbani
Dengarlah anak didik
kau belajar dalam maya
sungguhkan hati cekallah keringat
bahkah biar ia lebih bersinar
Dengarlah anak didik
bersinar kegigihan dirimu
jangan biar sirna walau sedikit
kini doa ibu dan ayah semakin dekat
gurumu tetap seiring dalam medan
medan demi ilmu itu
Video: https://youtu.be/A-E1Zej49tA
Penulis adalah Guru Bahasa Melayu, Pusat Bahasa Moden, Universiti Malaysia Pahang (UMP) (16 Mei 2020)
Karya Kreatif
Covid-19: Seloka Hari Raya
Oleh: JUWAIRIAH OSMAN
Bunga seroja kembang di desa
Dipetik dara jatuh ke bumi
Salam dihulur selamat hari raya
Andai tersalah mohon diampuni
Ramadan pergi terasa hiba
Syawal menjelma kemenangan tersirat
Saling bermaaf ampun diminta
Ukhuwah ikatan bersemi berkat
Songket pusaka warisan bangsa
Selembar kain tenunan hati
Covid merata tak kira mangsa
Doa berlindung pada Ilahi
Juragan tetibau sungguh perkasa
Bijak melawan tangkas berani
Jarakkan diri mencegah bersama
Covid-19 sama ditangani
Anak kecil berlari-lari
Teratak bonda kenang bersama
Belajar di rumah sehari-hari
Ilmu dituntut santapan minda
Tenang pantai mata menjengah
Persisir air damai sekali
Tunai amanah di medan rumah
norma baharu gaya bestari
Tepi tasik duduk bersimpuh
Indah nian gemersik nurani
Ujian ini sama ditempuh
Yakini hikmah hidup lestari
Ketupat rendang resepi warisan
Dodol dikacau satu keluarga
Meriah beraya di perantauan
Tetap mengenang keluarga tercinta
Video: https://youtu.be/lFwtAlvDjq8
Penulis adalah Guru Bahasa Melayu, Pusat Bahasa Moden, Universiti Malaysia Pahang (UMP) (24 Mei 2020/1 SYAWAL 1441H)