Skip to main content

EASY UMPSA hasilkan Modul Teknikal Kejuruteraan Gempa Bumi

GAMBANG, 1 Disember 2025 — Tepat 99 hari selepas kejadian gegaran bermagnitud 4.1 di Segamat, Johor, Pensyarah Kanan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Ts. Dr. Mohd Irwan Adiyanto telah berjaya menghasilkan modul teknikal bagi kejuruteraan gempa bumi untuk rujukan para pelajar dan jurutera awam di Malaysia bertajuk ‘Lecture Notes in Earthquake Engineering’. 

WACANA ITKAS 2.0: TAMADUN PAHANG-RIAU

Buku wacana ITKAS 2.0: Tamadun Pahang Riau ini diterbitkan bagi tujuan meneruskan usaha menggali, mengimbau dan memartabatkan Kesultanan Pahang yang kaya dengan sejarah politik dan budaya. Dalam terbitan ini, wacana tertumpu kepada hubungan antara tamadun Pahang dan wilayah Riau-Lingga dan Padang yang mempunyai hubungan budaya yang berkesinambungan sehingga ke hari ini. Ini termasuklah hal ehwal budaya seperti bahasa, lagu, syair, pantun, tarian dan sebagainya.

Terbitan Terkini: Hati Yang Rawan

Hati yang Rawan memuatkan 11 buah kisah yang merupakan adaptasi kisah realiti mengenai pelbagai masalah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita kini. Permasalahan yang melibatkan psikologi dan emosi perlu diambil berat dan tidak sewenang-wenangnya dipandang enteng oleh masyarakat. Seramai lapan orang kaunselor daripada pelbagai institusi termasuk Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkongsi pengalaman mereka dalam membantu individu yang berhadapan dengan masalah jiwa yang rawan.

Inspirasi SUARA UMP III lancar 4 buah buku

PEKAN, 28 Oktober 2020 – Pejabat SUARA Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerbitkan empat buah buku baharu terbitannya berjudul Kembara PhD, Reinforced Concrete Design, Fires and Explotions – Managing Process Safety dan Capstone Project – Guideline for Undergraduate Civil Engineering Courses. 

CAIC SERIES: Teaching and Learning: CAIC Collection of Resources Written by UMP Experts for Communitising Technology  (3rd Series)

TAJUK    : CAIC SERIES: Teaching and Learning: CAIC Collection of Resources Written by UMP Experts for Communitising Technology  (3rd Series) 
PENULIS    : Awanis Romli, Ruhil Amal Azmuddin, Zuraina Ali, Nooradelena Mohd Ruslim, Nabila Abdul Malek, Nurul Nadia Muhammad, Rosnani Ismail dan Rohana Hamzah
EDITOR    : Nasratun Masngut dan Athirah Ruzaini
Muka surat    : 94
ISBN        : 978-967-2226-54-3
Harga        : RM27.00

Subscribe to Book Review