Mahasiswa UMPSA tunjuk semangat demokrasi sertai Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar
GAMBANG, 5 November 2024 - Proses pengundian Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjalan lancar, semalam dengan peratus pengundian adalah sebanyak 58.10 peratus mahasiswa turun mengundi.
Pilihan raya itu melibatkan seramai 7,193 mahasiswa berbanding 6,697 mahasiswa pada tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 4.13 peratus.
Pusat pengundian telah dijalankan di dua buah lokasi iaitu di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang dan Pusat Aktiviti Pelajar, UMPSA Pekan.
Malah, para mahasiswa juga turut melakukan pengundian secara dalam talian bermula pada 8 pagi dan tamat pada pukul 5 petang.
Hadir sama semasa pengumuman keputusan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA Sesi 2024/2045 adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMPSA.
Turut sama hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed dan Pendaftar, Dato' Saiful Bahri Ahmad Bakarim.
Profesor Ts. Dr. Aida merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan semua mahasiswa UMPSA kerana telah menunjukkan semangat pilihan raya kampus dengan melaksanakan tanggungjawab proses demokrasi di kampus pada sesi pilihan raya kali ini sebagai pengundi.
“Mahasiswa UMPSA telah menunjukkan semangat demokrasi apabila peratusan yang keluar mengundi pada kali ini menunjukkan peningkatan yang ketara dengan mencatatkan jumlah pengundi tertinggi dalam sejarah Pilihan Raya MPP diadakan.
“Tahniah kepada pihak Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA dan selamat maju jaya kepada bakal pemimpin baharu.
“Semoga dengan kemenangan ini, setiap daripada pemimpin yang dipilih mewakili suara-suara mahasiswa,” ujarnya.
Dalam pada itu, universiti juga turut melaksanakan pelbagai inisiatif melalui program seperti Program Undi-18, Program Pendidikan Mengundi oleh Akademi Pilihan Raya dan Kenegaraan bersama Akademi Kenegaraan Malaysia bagi menggalakkan mahasiswa untuk turun mengundi.
Turut diperkenalkan pada Pilihan Raya kali ini ialah Modul Kokurikulum Pendidikan Pengundi yang boleh diakses melalui Sistem MyCredential oleh pihak Akademi ADAB UMPSA.
Pada kali ini, menyaksikan seramai 48 orang calon bertanding yang terdiri daripada 17 calon kerusi umum dan 31 calon undian fakulti daripada tiga buah parti iaitu Revolusi Siswa Siswi, Demokrat Siswa dan Aspirasi Siswa.
PEMENANG KERUSI UMUM
1. Aniq Zamzamy bin Sibron (TB22016)
2. Nazirah binti Marzuki (PC22146)
3. Muhammad Fauzi Hakimi bin Mazlan (KA22024)
4. Ellysya Diana binti Khairul Annuar (RO23061)
5. Arvind a/l Pathmanathan (SC23014)
6. Nur Aisyah Fairuz binti Muhamad Ferdaus (SD23036)
7. Nur Zulaiha binti Saruddin (AA23156)
8. Nurlyana Hazwani binti Nong Chek (TE23071)
PEMENANG KERUSI FAKULTI
1. Fakulti Komputeran
- Nur'ainin Sofiya binti Razali (CB22098)
- Ahmad Husamuddin bin Azmafaizal (CF3025)
2. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam
- Wan Abdul Azim Khawarizmi bin Wan Mohd Rumaizi (AA22114)
- Nursyahirah Wafa binti Azamudin (TE22042)
3. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Muhammad Muzaffar Irfan bin Mohd Hairul Anuar (TG22109)
- Nureen Jazlina binti Md Nizam (TG22103)
4. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses
- Muhammad Amirul Haziq bin Khairul Nizam (TJ23036)
- Nur Syafiqah binti Adnan (KA22118)
5. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif
- Muhammad Haykal bin Halid (MA22012)
- Muhammad Adib Irfan bin Ruslan (TM22003)
6. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik
- Siti Hadijah binti Hassan (FA23028)
- Morheet Rao a/l Nantha Kumar (FA23028)
7. Fakulti Sains dan Teknologi Industri
- Fatimah Syazwina binti Maslan (SA22063)
- Muhammad Faizuddin bin Jamaluddin (PA23094)
8. Fakulti Pengurusan Industri
- Muhammad Fazleizam bin Mohd Khairudin (PB23172)
- Wan Nuraisyah Balqis binti Ahmad Bustamam (PC23172)
9. Pusat Sains Matematik
- Zahin Zikri bin Zawawi (SD23019)
10. Institut Pengajian Siswazah
- Norhannina binti Ketemu (MMZ24003)
- Mohamad Firdaus bin Mohamad Borhan (MDZ24004)
Disediakan oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat
- 79 views