Skip to main content

Program Industrial Talk and Market Mastery 2.0 labuh tirai 'Financial Literacy Month' dengan impak maksimum

GAMBANG, 15 Mei 2026 – Sebagai acara kemuncak bagi menutup tirai Financial Literacy Month, UMPSA telah berjaya menganjurkan program Industrial Talk and Market Mastery 2.0. 

Program berskala besar ini dilaksanakan hasil daripada kolaborasi strategik antara beberapa pihak berautoriti iaitu IMPRESS, RHB Bank, dan MyNext oleh TalentCorp dalam usaha memperkasakan pelajar mendepani landskap kewangan dan kerjaya alaf baharu.

Program berimpak tinggi ini telah menghimpunkan seramai 150 orang peserta, termasuk menerima kunjungan dan penglibatan aktif daripada para pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). 

Menurut Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nurul Adlina, apa yang menarik dalam program ini turut dipandu oleh dua orang ikon pelajar selaku duta universiti iaitu Ahmad Amirul Irfan Ahmad Saupi, duta MyNext) dan Fazleizam Mohd Khairudin, Duta RHB. 

Program Industrial Talk and Market Mastery 2.0 labuh tirai 'Financial Literacy Month' dengan impak maksimum

“Jalinan kerjasama strategik di antara pihak universiti, industri dengan barisan ambassador ini memperlihatkan sinergi yang mantap dalam merancang pengisian yang inklusif dan relevan dengan keperluan pasaran semasa.

“Pengisian program telah dirangka secara holistik dengan menggabungkan dua elemen utama; slot Industrial Talk yang mengupas tentang peluang kerjaya serta strategi meningkatkan kebolehpasaran graduan, dan permainan simulasi pelaburan (investment simulation game) yang memberikan pengalaman praktikal secara langsung (hands-on) dalam menguruskan kewangan serta merangka strategi pelaburan secara masa nyata,” katanya. 

Program Industrial Talk and Market Mastery 2.0 labuh tirai 'Financial Literacy Month' dengan impak maksimum

Tambahnya, penganjuran Industrial Talk and Market Mastery 2.0 ini menjadi simbolik penutup yang cukup bermakna bagi menggambarkan komitmen berterusan UMPSA sepanjang sebulan penuh inisiatif celik kewangan digerakkan. 

“Melalui pendedahan komprehensif hasil jalinan kerjasama pelbagai pihak ini, diharapkan setiap ilmu kewangan bernilai tinggi serta kecerdasan kerjaya yang diperoleh dapat menjadi bekalan utama kepada 150 orang pelajar yang hadir, termasuk rakan perwakilan dari UniSZA,” ujarnya.

Ilmu dan pengalaman yang dikongsikan diharapkan mampu memperkukuh keyakinan para pelajar untuk melangkah ke alam profesional dengan lebih bersedia, berdaya saing dan yakin dalam menghadapi cabaran kerjaya pada masa hadapan.  

Disediakan Oleh: Nurul Adlina A'zmi, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri