Skip to main content

UMPSA dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tanam 67 pokok simbolik sempena kemerdekaan Malaysia yang Ke-67

GAMBANG, 30 Ogos 20204 – Seramai 100 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama petugas Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan staf UMPSA Holdings Sdn. Bhd. meneruskan misi penanaman sebanyak 67 batang pokok sempena Program Jelajah Aspirasi Malaysia RTM dan Sambutan Ambang Kemerdekaan UMPSA 2024 di UMPSA Kampus Gambang baru-baru ini. 

Bilangan 67 batang pokok itu merupakan simbolik dengan usia kemerdekaan yang ke-67 tahun. 

Antara pokok yang ditanam adalah pokok-pokok Buchida, Kelat Jambu Laut, Merawan Penak dan Hujan-hujan
Program ini diketuai oleh Pengerusi Majlis Pengetua UMPSA, Nasrul Salim Pakheri. 

Turut hadir Pengurus Projek, UMPSA Holdings Sdn. Bhd., Mohd Hairuddin Idris.

Menurut Nasrul Salim Pakheri, program ini amat bermakna terutamnyaa dalam mencapai matlamat memulihara alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok.

UMPSA dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tanam 67 pokok simbolik sempena kemerdekaan Malaysia yang Ke-67

“Di samping itu juga, program ini dapat meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan kawasan litupan hijau untuk kesejahteraan dan kualiti hidup. 

“Malah, penganjuran aktiviti ini juga adalah seiring dengan inisiatif amalan lestari untuk kesejahteraan dan kemakmuran warga kampus,” ujarnya. 

Disediakan Oleh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri