Skip to main content

UTP tinjau keunggulan UMPSA dalam amalan terbaik inovasi pengajaran dan pembelajaran

PEKAN, 8 Oktober 2025 – Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro-Credential (FLEXMC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kecemerlangan Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EdEx), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dalam satu sesi lawatan penanda aras yang UMPSA.

Delegasi UTP diketuai oleh Pengurus Jabatan Kecemerlangan Pendidikan (EdEx), Dr. Chong Su Li bersama lima orang pegawai EdEx yang terdiri daripada Eksekutif Kanan dan Pegawai Teknologi Maklumat. 

Sementara itu, pihak FLEXMC telah diketuai oleh Ketua Teknikal FLEXMC, Ts. Dr. Danakorn yang turut diiringi oleh barisan Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Teknologi Digital (DiTec), dan juga Pereka FLEXMC.

UTP tinjau keunggulan UMPSA dalam amalan terbaik inovasi pengajaran dan pembelajaran

Lawatan ini diadakan bagi sesi perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di UMPSA, khususnya dalam pembelajaran teradun (blended learning) serta inisiatif pembelajaran dalam talian dan micro-credential yang dijalankan oleh FLEXMC. 

Turut dibincangkan merangkumi potensi kolaborasi akademik antara UTP dan UMPSA.

Menurut Ts. Dr. Danakorn, inisiatif seperti ini bukan sahaja memperkukuh hubungan institusi antara UMPSA dan UTP, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia melalui pendekatan pembelajaran terbuka dan fleksibel. 

Sesi lawatan diakhiri dengan lawatan ke iStudio FLEXMC dan juga ruang pembelajaran

Disediakan Oleh: Mohd Shahri Mohd Akhir, Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro-CredentiaL (FLEXMC)

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri