Skip to main content

Sambung Belajar Itu Mudah

Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China. Itu adalah perumpamaan yang menunjukkan betapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Menuntut ilmu itu tiada noktahnya, iaitu bukan tamat setelah anda mengenggam ijazah, tetapi ilmu perlu dicari setiap masa. Dewasa ini sudah ramai rakyat Malaysia yang berjaya menyambung pengajian sehingga ke peringkat Sarjana Muda sama ada di dalam atau luar negara. Berbeza dengan zaman 1980-an dulu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sudah cukup untuk seseorang itu mencari pekerjaan. Kini tidak lagi kerana memegang segulung ijazah sarjana muda belum boleh menjanjikan anda mudah mendapat pekerjaan. Dewasa ini, seseorang itu perlu mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia pekerjaan yang lebih mencabar.

Isu yang mungkin bermain di fikiran generasi muda adalah menyambung pengajian itu sesuatu yang membebankan. Jika anda memikirkan tentang yuran, anda silap kerana dewasa ini jika anda kakitangan kerajaan, maka majikan akan menanggung segala perbelanjaan pengajian anda. Terdapat juga majikan yang bukan badan kerajaan yang memberikan peluang kepada stafnya untuk menyambung pengajian dengan pelbagai insentif. Pihak universiti juga menyediakan pelbagai kemudahan kewangan untuk membiayai pengajian anda. Jadi, yuran bukan masalah besar untuk menyambung pengajian.

Perkara yang kedua perlu diberi perhatian adalah pengajian peringkat Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD) itu sebenarnya lebih mudah dari peringkat Sarjana Muda. Anda bayangkan semasa di peringkat Sarjana Muda anda perlu mengambil banyak subjek yang berlainan dengan jumlah kredit yang tertentu. Secara amnya, ia sangat mencabar minda, masa dan tenaga kerana anda harus menguasai semua subjek tersebut dalam satu semester. Tetapi di peringkat Masters dan PhD anda hanya perlu menguasai beberapa subjek sahaja dan jika ianya penyelidikan sepenuh masa, maka anda hanya tertumpu kepada satu isu dalam bidang yang anda minati. Jadi anda akan jadi seorang pakar dalam bidang anda sahaja. Pengajian juga lebih terfokus. Tidakkah ini akan memudahkan anda?.

Bagi mereka yang telah melalui pengajian peringkat Masters atau Phd, sudah pasti akan ada isu jangka masa pengajian yang akan mengambil masa yang agak panjang mungkin dalam masa tiga tahun, empat tahun atau lima tahun. Ada juga sampai tujuh dan sepuluh tahun bagi peringkat Phd. Bagi sesetengah individu jangkamasa ini sungguh menakutkan dan mematahkan semangat untuk mereka menyambung pengajian. Soalannya, pernahkah kita dengar ada pelajar yang mampu menamatkan pengajian peringkat Masters atau Phd dalam masa dua tahun? Percaya atau tidak perkara ini memang wujud. Cuma kebanyakan kita sering ditakutkan dengan sesetengah individu yang gagal tak sempat habiskan pengajian dan juga jangkamasa untuk tamat yang memakan masa sehingga lima hingga tujuh tahun. Dalam hal ini, kita perlu berfikiran positif, dan perlu tahu bahawa setiap individu itu mempunyai kebolehan, nasib dan rezeki yang berlainan. Isunya adalah kita mampu menamatkan pengajian dalam masa yang singkat jika kita mempunyai pelan pengajian yang teratur dan juga penyelia yang cekap menyelia pelajarnya.

Kepada bakal pelajar Masters atau PhD sebenarnya ada jalan yang mudah untuk diikuti bagi memastikan kita tamat pengajian dalam masa yang telah ditetapkan ataupun lebih awal dari itu. Berikut dikongsikan antara tips khusus untuk pelajar yang mengambil mode penyelidikan sepenuh masa. Antaranya ialah disiplin. Dalam hal ini, diri kita sendiri perlu mempunyai disiplin yang tinggi jika kita mahu menyambung pelajaran sehingga ke tahap ini iaitu Doktor Falsafah. Jika kita tidak berdisiplin, maka pengajian kita akan terhenti di tengah jalan dan kita juga tidak ada semangat untuk meneruskan pengajian. Disiplin sangat penting kerana tanpa disiplin yang ketat masa pengajian banyak terbuang begitu sahaja. Dalam hal ini, seseorang pelajar itu perlu membuat jadual aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari. Dengan membuat jadual, seseorang pelajar akan tahu arah tuju, apa yang perlu dilakukan, di mana harus bermula, bilakah masa untuk mengumpul data, menganalisis data dan sebagainya. Apa yang hendak ditekankan di sini adalah pelajar perlu mempunyai jadual kerja yang khusus sebagai pelajar pasca siswazah yang bekerja menyiapkan tugasan mengikut garis masa yang telah ditentukan.

Selain dari itu, kita juga perlu mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pelajaran, jangan sambung belajar sebab paksaan majikan atau kerana melihat orang lain sambung belajar maka kita pun harus sambung belajar. Apabila seseorang itu minat untuk belajar, secara tidak langsung dia juga akan rajin berusaha dan tidak patah semangat. Dewasa ini ramai yang sambung belajar sebab desakan majikan semata-mata, maka didapati ramai yang tidak mampu memikul tanggungjawab untuk menghabiskan pengajian.

Selain itu, peranan penyelia (supervisor) adalah sangat penting. Oleh itu, sebelum kita memilih untuk menyambung pengajian, pemilihan penyelia adalah sangat penting. Seseorang pelajar sepatutnya terlebih dahulu membuat serba sedikit kajian tentang penyelia yang ingin kita pilih. Selidik dahulu latar belakangnya, terutamanya tentang pelajar di bawah seliaan beliau, adakah beliau menjalankan kerja-kerja penyeliaan dengan baik dan berdisiplin terhadap skop kerja beliau sebagai penyelia? Dalam hal ini, kesilapan memilih penyelia juga akan memberikan kesan kepada jangka masa pengajian seseorang pelajar.

Langkah seterusnya adalah seseorang pelajar itu perlu tahu apa yang hendak dibuat/dikaji. Pengajian PhD yang memfokuskan kepada 100 peratus penyelidikan sepenuh masa sesungguhnya memerlukan adanya satu panduan yang khusus kerana tanpa panduan yang khusus ramai yang kandas di tengah jalan dan ada juga yang memakan masa sehingga 5 tahun hingga 9 tahun untuk disiapkan. Sebab itu lah seringkali terdengar desas-desus orang bercakap PHD itu seumpama Permanent Head Damage...menakutkan bukan? Dalam hal ini, apa yang perlu kita fikirkan dan lakukan adalah jangan buat kajian yang tidak pernah orang buat, jangan buat kajian seolah-olah kita nak ubah dunia, jangan buat kajian yang tajuknya kebaboom tetapi kita sendiri tak tahu nak membuatnya, jangan buat tajuk yang kebaboom, tapi susah untuk mendapatkan bahan dan responden dan jangan buat kajian yang kita sendiri tidak mampu untuk membuatnya kerana batasan waktu, tenaga dan wang ringgit.

Pesanan penulis, buatlah kajian yang biasa-biasa saja, mudah untuk kita buat kajian, bahan semua ada, mudah untuk dapatkan responden dan kita tahu proses untuk melakukannya. Kita mesti tahu setiap proses yang akan berlaku dalam kajian kita sehingga tamat kajian. Dalam hal ini, biar kajian kita tajuknya ringkas dan padat, kita mudah menyiapkannnya dan mempunyai impak yang besar kepada masyarakat dan negara. Kadang-kadang kita tak perlu pun menyambung pengajian di luar negara jika tidak mampu, kerana syarat asas untuk berjaya dalam Masters atau PhD adalah diri kita sendiri.

Marilah kita bersama menyahut seruan kerajaan bagi membentuk Malaysia negara maju dengan menjadikan diri kita warganegara yang berkepakaran tinggi bagi merealisasikan Revolusi Industri 4.0 tidak lama lagi.

Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China. Itu adalah perumpamaan yang menunjukkan betapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Menuntut ilmu itu tiada noktahnya, iaitu bukan tamat setelah anda mengenggam ijazah, tetapi ilmu perlu dicari setiap masa. Dewasa ini sudah ramai rakyat Malaysia yang berjaya menyambung pengajian sehingga ke peringkat Sarjana Muda sama ada di dalam atau luar negara. Berbeza dengan zaman 1980-an dulu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sudah cukup untuk seseorang itu mencari pekerjaan. Kini tidak lagi kerana memegang segulung ijazah sarjana muda belum boleh menjanjikan anda mudah mendapat pekerjaan. Dewasa ini, seseorang itu perlu mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia pekerjaan yang lebih mencabar.     Isu yang mungkin bermain di fikiran generasi muda adalah menyambung pengajian itu sesuatu yang membebankan. Jika anda memikirkan tentang yuran, anda silap kerana dewasa ini jika anda kakitangan kerajaan, maka majikan akan menanggung segala perbelanjaan pengajian anda. Terdapat juga majikan yang bukan badan kerajaan yang memberikan peluang kepada stafnya untuk menyambung pengajian dengan pelbagai insentif. Pihak universiti juga menyediakan pelbagai kemudahan kewangan untuk membiayai pengajian anda. Jadi, yuran bukan masalah besar untuk menyambung pengajian.                 Perkara yang kedua perlu diberi perhatian adalah pengajian peringkat Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD) itu sebenarnya lebih mudah dari peringkat Sarjana Muda. Anda bayangkan semasa di peringkat Sarjana Muda anda perlu mengambil banyak subjek yang berlainan dengan jumlah kredit yang tertentu. Secara amnya, ia sangat mencabar minda, masa dan tenaga kerana anda harus menguasai semua subjek tersebut dalam satu semester. Tetapi di peringkat Masters dan PhD anda hanya perlu menguasai beberapa subjek sahaja dan jika ianya penyelidikan sepenuh masa, maka anda hanya tertumpu kepada satu isu dalam bidang yang anda minat

Artikel ini disediakan oleh Dr Hasnah Hussiin, Pensyarah Kanan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang’ E-Mel: hasnah@ump.edu.my.

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri