Memartabat Pentadbir Memperkasa Urus Tadbir
Tanggal 20 Ogos setiap tahun adalah merupakan sambutan Hari Pentadbir sebagai mengiktiraf peranan Pentadbir Universiti Awam di Malaysia. Hari Pentadbir kali pertama diumumkan pada tahun 2016 semasa penganjuran Konvensyen Pentadbir Universiti Awam pada 20 Ogos 2016 bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi Malaysia (AKEPT).