Sijil Perakuan Bomba Jaminan Keselamatan Bangunan Beroperasi
Bangunan selamat untuk diduduki merupakan jaminan penghuni dalam keadaan selamat bagi mengadakan sebarang aktiviti. Sijil Perakuan Bomba (FC) atau ‘fire certificate’ merupakan satu dokumen yang merupakan satu talian hayat bagi mengiktirafkan sesebuah bangunan selamat untuk didiami. Perakuan bomba ini merupakan nadi bagi bangunan yang mana ketiadaan FC bagi sesebuah bangunan mengundang risiko tinggi terhadap kebakaran.