Menjana kepercayaan dalam menangani rasuah dan memacu transformasi digital
Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa berusaha meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik setelah dicalarkan dengan skandal rasuah 1MDB telah bergerak ke hadapan dalam usaha menangani rasuah. Dengan komitmen yang tinggi bagi menangani rasuah untuk membina integriti sebagai asas, inisiatif utama yang perlu diambil adalah melalui reformasi institusi yang mana ianya perlu dilaksanakan dengan segera ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).