Skip to main content

Inisiatif Cakna Kualiti dan Ekosistem Jurnal bantu usaha menyokong Pelan Strategik UMP 25

PEKAN, 27 Januari 2022 - Penerbit Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui inisiatif Cakna Kualiti dan Ekosistem Jurnal UMP mengambil langkah dan strategi dalam usaha menyokong Pelan Strategik UMP 25 yang menyasarkan peningkatan signifikan jurnal-jurnal terbitan UMP dalam pangkalan data bibliografik berprestij dunia menjelang tahun 2025.

Majlis ringkas yang diadakan di Executive Lounge, Perpustakaan UMP Pekan itu bertujuan memberi gambaran holistik tentang matlamat dan tujuan inisiatif tersebut diadakan.

Menurut Pengarah Penerbit UMP, Muhammad Azli Shukri, cara terbaik untuk memastikan jurnal-jurnal terbitan UMP agar terus kekal cemerlang dan berdaya tahan adalah dengan mewujudkan ekosistem pengurusan jurnal yang komprehensif dan lestari.

"Sebelum ini, Penerbit UMP telah melantik pakar dari luar untuk memberi nasihat dan panduan berkenaan jurnal-jurnal UMP. 

“Manakala kali ini, kami akan memberi keutamaan pada pemurnian polisi dan dasar, pembangunan kompetensi, pelan penggantian editor dan penambaikkan sistem serta pelaporan jurnal,” ujarnya. 

Pada masa yang sama, kesemua ketua editor dan editor pengurusan jurnal UMP yang hadir turut diberi penerangan berkenaan garis masa inisiatif oleh Penolong Pegawai Penerbitan yang juga merupakan wakil daripada Seketeriat Jawatankuasa Jurnal UMP, Shalfarina Shahriman dan Dr. Mohd Hasnun Arif Hassan, Ketua Koodinator Open Journal System (OJS).

Antara kandungan inisiatif Cakna Kualiti dan Ekosistem Jurnal UMP termasuklah Audit Kelestarian, Pembangunan Profil dan Dianogsis, Pembangunan Kompetensi Editor, Pemurniaan Pelaporan, Penghargaan dan Pengiktirafan serta Penjenamaan dan Publisiti. 

Sehingga kini, UMP mempunyai 14 jurnal dengan sebahagiannya berstatus SCOPUS dan MyCite.

 

Disediakan oleh: Shalfarina Shahriman dan Safriza Baharuddin, Penerbit UMP

e-mel: shalfarina@ump.edu.my

Reports by:
Norhidayah binti Mohamad