Skip to main content

Perpustakaan UMPSA anjur Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan bersama Kolej Vokasional Temerloh

PEKAN, 23 April 2024 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan kepada Kolej Vokasional (KV) Temerloh di Bilik Seminar Perpustakaan UMPSA Kampus Gambang baru-baru ini. 

Kursus ini merupakan anjuran program Perpustakaan UMPSA kali kedua selepas bengkel ini diadakan pada 13 dan 14 Julai 2020 di KV Temerloh.

 Kursus sehari itu dihadiri seramai 18 orang pensyarah dan staf  KV Temerloh

Program tersebut merupakan program perkongsian maklumat berkaitan kemahiran dan ilmu dalam pengurusan Pusat Sumber KV dan Perpustakaan UMPSA.

Perpustakaan UMPSA anjur Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan bersama Kolej Vokasional Temerloh

Objektif program adalah bagi memberi penerangan berkaitan pengurusan am pusat sumber dan ilmu kepustakaan serta pemahaman mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sumber KV dan perpustakaan UMPSA. 

Selain itu, penganjuran kursus ini adalah permohonan daripada pihak KV bagi memenuhi kriteria penilaian akreditasi oleh pihak Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

 Kursus itu telah dirasmikan oleh  Timbalan Ketua Pustakawan (Bahagian Perkhidmatan Pengguna), Ahmad Nurudin Abd Nasir. 

Para peserta telah didedahkan dengan tiga sesi modul utama pusat sumber iaitu modul perolehan, pengkatalogan dan perkhidmatan pelanggan. 

Setiap modul ini telah dibimbing oleh tiga pustakawan dan seorang fasilitator pembantu perpustakaan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu Pustakawan Kanan, Unit Perolehan Koleksi, Noor Azura Omar, Pustakawan Kanan Unit Pendidikan dan Penyelidikan, Affida Abu Bakar dan dibantu oleh Fasililator Unit Metadata, Muhammad Hanafiah Abd Aziz serta Pustakawan, Unit Perkhidmatan Pelanggan, Muhammed Fawwaz Abdul Rasid,

Diharapkan dengan perkongsian ini, ia dapat menambahkan lagi pemahaman dan kemahiran pengurusan pusat sumber di KV Temerloh sekaligus menyokong pembelajaran dan pengajaran pelajar.

Disediakan Oleh: Sharifah Nazirah Syed Omar, Perpustakaan UMPSA 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News