Terbitan Terkini - Covid1-19 dari Perspektif Sains Sosial: Implikasi dan Solusi
Pandemik COVID-19 yang menyerang Malaysia dan dunia menuntut masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, kekeluargaan dan sosial.
Justeru, usaha menyusun kembali norma individu, keluarga, organisasi dan masyarakat amat penting agar kelangsungan dan keseimbangan hidup boleh diteruskan secara lestari. Buku ini ditulis dengan menggabungkan kepakaran dan pengalaman penyelidik, pendidik serta penggerak organisasi dan masyarakat dalam merungkai setiap permasalahan yang wujud rentetan pandemik COVID-19 agar setiap individu mencapai kesejahteraan kendiri yang holistik.
Setiap perspektif masalah dibincangkan secara sistematik dan menyeluruh berkaitan pendekatan yang perlu dilakukan oleh semua pihak agar masalah yang ditempuh bertukar menjadi peluang dan proses rektifikasi boleh dilaksanakan.
Buku ini menjelaskan kaedah penyelesaian dan penyesuaian daripada peringkat individu, keluarga, organisasi dan masyarakat dalam menempuh cabaran COVID-19. Secara keseluruhannya, terdapat 12 bab yang dimuatkan dalam buku ini.
Penyesuaian serta saranan yang ditulis oleh pakar-pakar dalam bidang pembangunan manusia dan kemasyarakatan ini boleh dijadikan panduan dalam mendepani norma baharu era pandemik dan meningkatkan kesejahteraan bersama.
Jom beli di: http://bitly.ws/e39I
- 137 views