Skip to main content

UMPSA beri latihan Asas Reka Bentuk Digital kepada pelajar SMK Kuala Krau sempena Kembara TVET

KUALA KRAU, 11 Oktober 2024 -Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memberi latihan Asas Reka Bentuk Digital kepada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau bersempena dengan Kembara TVET UMPSA@Kuala Krau baru-baru ini.  

Latihan Asas Reka Bentuk Digital itu disampaikan oleh Pereka, Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPE), Siti Nur Irsyadiah Salimi kepada 30 orang pelajar. 

Para pelajar didedahkan dengan latihan asas penggunaan perisian Canva berfokuskan kepada kemahiran dalam penyediaan poster yang dapat membantu pelajar dalam membuat penyediaan bahan pembelajaran yang lebih interaktif. 

UMPSA beri latihan Asas Reka Bentuk Digital kepada pelajar SMK Kuala Krau sempena Kembara TVET

Latihan asas reka bentuk digital ini merupakan salah satu daripada lima program yang dianjurkan oleh UMPSA yang dijalankan secara serentak di SMK Kuala Krau. 

Antara aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan ialah program TVET, Motivasi, bahasa Inggeris dan program bersama Pelajar Istimewa yang melibatkan seramai 50 orang staf dari UMPSA. 

Turut berlangsung Majlis Pertukaran Surat Hasrat Kerjasama (LOI) di antara UMPSA dengan SMK Kuala Krau oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengetua SMK Kuala Krau, Hamdan Ramli. 
Program Kembara TVET di Kuala Krau turut melibatkan program khidmat masyarakat iaitu gotong-royong memasak bubur lambuk dan program Tanggungjawan Sosial Korporat (CSR) iaitu menukar minyak hitam motorsikal secara percuma. 

Ceramah Maulidur Rasul turut diadakan di Masjid An-Nur Kuala Krau yang disampaikan oleh Dekan Pusat Sains Kemanusiaan (PSK), Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. 

UMPSA beri latihan Asas Reka Bentuk Digital kepada pelajar SMK Kuala Krau sempena Kembara TVET

Di samping itu juga, Yayasan UMPSA turut menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada penduduk setempat yang memerlukan.

Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri