Skip to main content

UMPSA jalin kerjasama dengan Libya melalui LYAPS dan LASR

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 —Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Ministry of Higher Education and Scientific Research (MoHESR) Libya sebagai satu langkah strategik untuk memperluaskan rangkaian akademik dan penyelidikan globalnya,

Pertemuan tersebut telah diadakan di Pejabat Pegawai Akademik Libya, Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu juga, Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin turut memberikan penerangan mengenai UMPSA. 

Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, hari ini merupakan satu titik penting dalam usaha UMPSA untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antarabangsa dan hubungan akademik.

UMPSA jalin kerjasama dengan Libya melalui LYAPS dan LASR

“Kami berharap dapat meneroka peluang-peluang yang ditawarkan menerusi perkongsian ini dengan rakan sejawat kami dari Libya,” katanya. 

Presiden Akademik Libya untuk Pengajian Siswazah (LYAPS), Profesor Dr. Ramadan A. Al-Madani telah membentangkan projek-projek kerjasama yang berpotensi khususnya dalam bidnag penyelidikan dan pertukaran akademik yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

Pada masa yang sama juga turut diadakan perbincangan lanjut oleh Pengarah Pusat Penilaian APEL, Dr. Nor Alisa Mohd Damanhuri mengenai program A.PEL A, UMPSA.

Sesi pertemuan tersebut diakhiri dengan Majlis Menandatangani Letter of Intention (LOI) dalam usaha untuk mengukuhkan kerjasama pada masa hadapan. 

Upacara tersebut dipengerusikan oleh Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Presiden Autoriti Libya untuk Penyelidikan Saintifik (LASR), Dr. Faisal A Mohamed Elabdli.

UMPSA jalin kerjasama dengan Libya melalui LYAPS dan LASR

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor  Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa, Profesor Dr.-Ing. Mohd Azmir Mohd Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced, Dr. Ahmad Johari Mohamad, Pengurus Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa,  Azrizulazmi Bustan, Penasihat kepada Presiden LYAPS, Dr. Mustafa Abdulsalam Mohammed Alkhammas, Pegawai Akademik Kedutaan Libya di Malaysia, Dr. Aiman Elmahmodi dan Penasihat kepada Pegawai Akademik Kedutaan Libya di Malaysia, Norhawaty Mansor.

Disediakan Oleh: Nur Ezzati Mohd Nasir, Pusat Hubungan Antarabangsa

Reports by:
Admin UMP News