Sayangi Negara, Hargai Nilai Patrotisme Tulen
Kuantan, 26 Ogos-. Rakyat Malaysia perlu memiliki semangat patriotisme tulen yang cintakan negara dan akan membuat apa sahaja sama ada berkaitan kefahaman atau pegangan atau kepercayaan demi mempertahankan negara.
Dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan kaum amat penting mempunyai semangat patrotisme, semangat bangga sebagai rakyat Malaysia dan menanam sikap setia kepada negara.