ChM. Dr. Wan Norfazilah hasilkan semburan kalis air yang mesra alam bagi fabrik
PEKAN, 15 Jun 2022 – Terdapat banyak produk semburan kalis air bagi fabrik, namun kebanyakan pelarut bahan mentah yang digunakan bersifat toksik iaitu membahayakan kesihatan manusia dan persekitaran.
Bertitik tolak dari permasalahan itu, ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail, 34 telah menghasilkan GetDry! yang menggunakan air sebagai pelarut bahan mentah dengan menggunakan kaedah pembuatan yang dinamakan kaedah sol-gel, kaedah yang ringkas, cepat dan menjimatkan kos.