Kuantan: Teknologi kecerdasan buatan (AI) antara cabaran utama yang dihadapi umat Islam sekiranya teknologi berkenaan tidak dikawal sepenuhnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata, masalah biasanya membabitkan etika penggunaan data dan keselamatan maklumat, selain krisis identiti dan akidah akibat manipulasi suara, wajah, dan realiti maya.
"Penyebaran maklumat palsu yang berpotensi mengelirukan masyarakat, termasuk terhadap ajaran Islam.
"Oleh itu, jika tidak dikawal, teknologi (AI) boleh menjadi alat yang meruntuhkan kepercayaan, bukannya mengukuhkannya," katanya ketika berucap sempena International Conference On Human Sciences And Civilisations (i-CONSCIENCE 2025) di sini hari ini.